Monday, September 15, 2008

Sibuk di Ramadhan

Salam semua,

Maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan tugas dan menguruskan keluarga di bulan Ramadhan ni menyebabkan ruang masa agak terhad untuk menulis. Tambahan pula di malam hari, sibuk memenuhi jemputan berbuka puasa dan mengerjakan ibadat terawih berjemaah.

Saya cuma bangga walaupun di bulan Ramadhan ini dan kita semua letih berpuasa, ramai rakan-rakan saya yang masih gigih melaksanakan pelbagai program kebajikan.

Baru-baru ini saya dijemput merasmikan Kem Kasih Ramadhan di Institut Budaya Baru Melayu di Ampang di mana 250 anak-anak yatim dari luar Lembah Klang telah menghadirinya. Ini adalah suatu program yang murni bertujuan memberi motivasi dan pendedahan untuk memantapkan diri anak-anak ini untuk pembelajaran dan juga sahsiah diri mereka.

Ada banyak lagi program yang telah diadakan, nanti akan saya akan catatkan lagi di blog ini.

1 comment:

Anonymous said...

Kak Ina, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi merasmikan program saya tempohari. Jasa mu dikenang.

salam
Fatim