Monday, March 1, 2010

Malam Mesra Chap Goh Mei





Salam semua dan Gong Xi Fa Chai,




28 Februari 2010 di Tasik Taman Jaya berhadapan Amcorp Mall, saya telah menghadiri satu Majlis anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Selangor dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Daerah Petaling dan Majlis Belia Selangor Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu Program Malam Mesra Rakyat Chap Goh Meh 2010



Antara program istimewa yang dianjurkan pada program tersebut ialah satu acara simbolik melontar limau cina ke dalam tasik. Sebagai tradisi cina gadis-gadis yang masih bujang menulis maklumat diri di atas buah limau tersebut kemudian melontar ke dalam tasik dan pihak lelaki mengambil buah tersebut sebagai tanda perkenalan untuk mencari pasangan. Selaras dengan konsep 1Malaysia semua kaum di galakan untuk menyertai acara tersebut. Pada malam tersebut juga diserikan dengan persembahan tarian tradisional daripada tiga kaum, tarian singa dan semua persembahan ini adalah melibatkan belia daerah petaling.

Antara tetamu yang hadir adalah YB senator Datin Paduka Chew Mei Fun, YB Edward Lee dan YBhg. Datuk Paduka Hj. Faizal Abdullah, Pengerusi Majlis Belia Selangor. Saya menjangkakan seramai hampir 5 ribu orang yang hadir terdiri daripada bilang kaum dan peringkat usia.




Pada saya ini adalah satu majlis yang meriah kerana melibatkan semua golongan belia tidak kira bangsa yang telah diberi kesempatan untuk membuat persembahan.




Apa pun tahniah kepada pihak penganjur yang telah menjayakan majlis tersebut. Tahniah semua.

No comments: