Wednesday, February 24, 2010

Menabung Seawal Usia Siri2





Salam semua,

Pada 21 Februari 2010 yang lalu, Biro Briged Putri Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) dengan kerjasama Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIM) Wilayah Persekutuan, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras dan Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Menabung Seawal Usia yang mensasarkan kepada 100 orang anak yatim dan kurang berkemampuan di sekitar Wilayah Persekutuan, bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala Lumpur.

Program Menabung Seawal Usia adalah kesinambungan daripada program yang telah dilancarkan pada bulan Ramadhan yang lalu. Ini ada satu langkah proaktif untuk memberi kesedaran serta menggalakan anak-anak yang kurang bernasib baik menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.

Pihak Biro Briged Putri Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) telah membantu membuka akaun peribadi dan menyampaikan deposit kepada seramai 100 anak-anak yatim dan kurang berkemampuan untuk membuka akaun bagi tujuan program ini. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada dan Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan.

Program ini bertujuan melatih mereka untuk menyemai sikap berjimat-cermat sejak dari kecil lagi dan mendidik serta membantu menyediakan peluang untuk anak-anak yatim dan kurang berkemampuan ini menabung dan menyimpan“

Program seperti ini mensasarkan golongan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan sekitar Wilayah Persekutuan terutama mereka yang masih belum mempunyai akaun simpanan serta beberapa kriteria-kriteria yang boleh dipertimbangkan.

Program ini telah di rasmikan oleh YBhg Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras dan turut hadir YBhg Dato’ Faridah Abu Hasan Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Tuan Haji Shahidan Taib,Timbalan Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan dan Puan Norlaili Mohamad Naib Yang DiPertua (Ibu) MAPIM Wilayah Persekutuan .

Saya berharap, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan menjadi harapan kami agar usaha kita ini dapat membantu mereka untuk memupuk kesedaran betapa pentingnya amalan menabung dan menyimpan.

Monday, February 22, 2010

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia,

Lama tak update blog ni. Minta maaf kerana terlalu sibuk dengan program dan rutin seharian sampai tarikan kemajuan teknologi pun tak mampu menarik saya untuk menulis.

Alhamdulillah semalam , pagi saya bersama lebih kurang 15 orang Gerakwanis dan Belia 4B PJS melawat 3 buah keluarga - Pakcik Saad, Makcik Rahimah dan Adik Fizi.

Pakcik Saad ni umur lebih 80 tahun, rupa tak macam 80 tahun. Dah berapa larat nk jalan jauh. dia tinggal dalam bilik sebuah rumah pangsa yang mana selebihnya disewakan oleh kawannya kepada sebuah keluarga Indonesia. Info ni kami dapat dari Pakcik Saad. Menurut Pakcik Saad , isterinya dah meninggal dan beliau tak ada anak. Kesian kami tengok kerana Pakcik Saad ni umpama menumpang di rumah sendiri.

Makcik Rahimah seorang ibu tunggal yang sakit kencing manis (insulin) baru je dipotong jari kaki, penglihatan dah hilang. Ada 6 orang anak tapi dah meninggal 2 orang anak yg menjadi harapan beliau. kini tinggal 4 orang anak dan juga menjaga 2 org cucu. Seorang yg gigih berusaha, mencari rezeki dengan buat kuih muih dan tempeyek. tapi sebab penglihatan dah tak ada, jadi menangis beliau bila ditanya sumber pendapatan. Dia mendapat rawatan di Hospital Ampang (jauh sbb anak dia nurse kat situ, jd dapat pengecualian/ pengurangan kos rawatan) Sepanjang ketiadaan dia, anak2 yg lain tinggal 3 beradik di rumah pangsa di medan Cahaya. menangis beliau bila mengenangkan kos rawatan yg makin tinggi, terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah semasa menerima rawatan. Kami tengah cuba untuk mengusahakan bantuan kos rawatan beliau.

Adik Fizi kemalangan 2007. Koma selama setahun dan kini lumpuh separuh badan kerana tempurung kepala sebelah kiri remuk. dia cuma mampu melambai kepada kami dan tersenyum. dia faham apa yg kami cakap tapi dia x mampu mengelluarkan kata2. Seronok betul dia tengok kami datang melawat. Khabarnya dulu dia seorang yg senyap tapi rajin involve prog belia. Kami ajak bapa angkat dia bawa Adik Fizi ke Program Belia Daerah Petaling ahad ni sebab ada pertandingan Street Soccer dan Bola Jaring. At least dapat gembirakan hati dia kerana dulu sebelum kemalangan di suka main bola.

Pada asal sebelum jumpa Adik Fizi, saya terfikir kalau la Adik Fizi dapat jadi jurucakap untuk kempen keselamatan... Mesti ramai yang dapat disedarkan, tapi sayang beliau juga tidak mampu menuturkan kata2.

Lepas melawat 3 rumah, saya pun bergegas ke Taman Bunga Raya untuk ambil Ahli-ahli Wanita Cawangan untuk ke Ruamh Baitu Saidati Khadijah di Batu 8 3/4 untuk program Ramah Mesra dengan penghuni di sana. Dek lama tak pergi, sesat smpi ke Batu 11. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lepas ni Wanita Caw TBR bercadang nk menyumbang untuk rumah itu .

Kul 3 petang saya ke PRC Cheras untuk program Penabungan Di Awal Usia bersama 100 penerima dengan kerjasama Wanita UMNO Cheras dan MAPIM WP. Program berjalan lancar. Ada kawan2 yang bagi tahu keluar TV tapi saya terkilan sebab tak dapat tengok. Apapun, ia memberi semangat kepada saya untuk terus melakukan amal jariah ini