Sunday, August 31, 2008

Simbiosis


Salam semua,

Cuti hari ini saya ambil kesempatan meluangkan masa bersama-sama keluarga mencuba "fish spa" di Giant Shah Alam seksyen 13. Anak-anak sudah lama mengajak mencuba "fish spa" ini dan hari ini saya berjaya memberanikan diri mencubanya. Sangat geli pada mulanya, tapi selepas beberapa minit, menjadi lebih rileks.

Macam-macam cara orang kreatif berniaga dan saya tertarik dengan "fish spa" ini kerana ia menggunakan sumber semula jadi, mewujudkan simbiosis yang harmoni di antara manusia dan haiwan, yang memenuhi keperluan masing-masing. Pada saya ini "fish spa" adalah salah satu tanda kebesaran Allah yang menunjukkan pengetahuan kita hanyalah umpama setitis air di lautan yang luas.


Selamat Hari Merdeka Ke-51


Salam Kemerdekaan,

Renungi, kenang dan syukuri kenikmatan kemerdekaan kita. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam bergantung di bahu kita, sang pejuang. Perpaduan Teras Kejayaan. Selamat Hari Merdeka Ke-51.

Wednesday, August 27, 2008

Demokrasi segar di bumi ini

Salam semua,

Saya percaya semua sudah mengetahui bahawa calon PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil semalam. Ini adalah keputusan pengundi-pengundi dan kita menghormatinya.

Kecewa? Tidak sama sekali. Kemenangan calon PKR dalam pilihanraya ini sebenarnya adalah suatu kemenangan untuk Kerajaan BN juga. Kerajaan BN menang dalam menangkis segala tohmahan dan dakyah bahawa SPR tidak telus, berlakunya penipuan, polis memberi tekanan dan BN melakukan pelbagai cara yang tidak sah untuk memastikan calon BN menang.

Kini terbukti segala tohmahan dan dakyah yang disebarkan tidak benar sama sekali dan calon BN, Datuk Arif menerima kekalahan dengan cara yang cukup "gentleman". Beliau tidak membantah keputusan undian, tidak menuntut kiraan semula dan tidak ada satu penyokong BN pun yang membuat protes ataupun melepaskan kemarahan mereka selepas keputusan diumumkan.

Berdasarkan suasana kempen sepanjang 10 hari lalu, saya boleh bayangkan kekacauan yang akan berlaku jika Datuk Arif yang menang. Pastinya tuduhan penipuan dan pelbagai fitnah akan dilemparkan kepada SPR dan Kerajaan BN, oleh penyokong-penyokong parti lawan yang akan menjaja cerita-cerita bohong itu ke seluruh dunia. Kini mereka tiada cerita-cerita bohong untuk dijaja dan orang luar pasti menilai semula cerita-cerita bohong mereka sebelum ini.

Datuk Arif yang pada mulanya dijangka akan menjadi calon belasahan, ternyata mempunyai kekuatannya tersendiri dengan masih boleh meraih undi yang banyak. Saya kagumi keberanian Datuk Arif kerana bukan calang-calong orang yang sanggup berada di tempatnya itu.

Apapun, keputusan pilihanraya kecil ini menunjukkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita masih segar dan terpelihara dengan baik oleh sebuah Kerajaan yang utuh. Rakyat masih bebas memilih sesiapa yang mereka mahu dan tiada siapa yang boleh menghalang pilihan mereka itu.

Inilah ketelusan serta komitmen Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO dalam menjaga kedaulatan demokroasi, dan keputusan pilihanraya kecil semalam menjadi buktinya.

Kepada Puteri-Puteri dan juga penyokong-penyokong BN, janganlah rasa kecewa kerana kekalahan ini kerana ia pasti ada hikmahnya. Pengalaman yang kita timba sepanjang bekerja di Permatang Pauh adalah sangat berharga dan boleh digunakan untuk tugas-tugas perjuangan pada masa hadapan.

Monday, August 25, 2008

Kempen habis-habisan



Salam semua,

Hari ini adalah pusingan akhir untuk berkempen habis-habisan di Permatang Pauh. Esok adalah hari penentuan bagi Parlimen Permatang Pauh untuk memilih wakil suara rakyat sini, di Parlimen.

Saya yakin calon BN Datuk Arif yang dianggap "underdog" mempunyai peluang yang baik untuk menang kerana kita yakin banyak perkembangan politik terkini memihak kepada BN. Saya percaya beliau adalah calon yang lebih baik dan selayaknya mendapat kepercayaan pengundi-pengundi Permatang Pauh sebagai wakil mereka di Parlimen.

Sepanjang musim kempen ini, ia memberi pendedahan kempen pilihanraya yang cukup berharga kerana pilihanraya ini telah dilabel sebagai "mother of all elections" berikutan signifikan calon-calon yang bertanding. Oleh kerana ia begitu penting, maka kempen kedua-dua belah pihak juga sangat sengit dan cukup mencabar.

Walaupun keletihan memang terasa dengan rentak kempen yang semakin lama semakin laju dan rancak, saya dan sahabat-sahabat Puteri dari WP, Batu Kawan, Permatang Pauh dan juga dari negeri-negeri lain yang berkampung di sini, bersemangat untuk menyaksikan satu lagi proses demokrasi berlaku esok.


Saya gembira dan bangga dengan kegigihan Puteri-Puteri di sini bekerja tanpa menghiraukan penat lelah atau pelbagai tekanan yang dihadapi, terutamanya daripada sesetengah penyokong-penyokong taksub parti lawan yang biadap dan tidak menghormati orang. Terima kasih saya ucapkan kepada Puteri-Puteri semua.

Esok adalah hari terakhir kita bekerja, ayuh kita pastikan calon BN menang!

Sunday, August 24, 2008

Hangat di Permatang Pauh




Salam semua,

Kempen di Permatang Pauh semakin hangat dan rancak. Di mana-mana sahaja semua sibuk berkempen dari rumah ke rumah, warung ke warung, pasar ke pasar dan di mana-mana sahaja yang diketahui ada pengundinya.

Saya juga sempat berkempen dan menemui warga emas yang sebenarnya sangat menghargai perjuangan UMNO yang membawa kemerdekaan dan kemakmuran untuk negara ini. Saya juga sempat singgah di Rumah Perhubungan Sabah dan bertemu Pn Norhani, Dato' Shafie Afdal dan juga Pn Asna.

Saya lihat sepanjang musim kempen pilihanraya ini, ahli-ahli Puteri bertungkus lumus bekerja walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka.

Walaupun diherdik, dimaki, dikasari dan entah apa lagi dugaan yang diterima, ahli-ahli Puteri masih bertahan dengan penuh kesabaran. Mungkin kerana ahli-ahli Puteri ini masih muda, maka dianggap mudah diperlekeh dan dibuli.

Memang, kami masih muda lagi tapi kami bukanlah "punching bag" untuk diperlekeh dan dibuli oleh sesiapa juga. Ahli Puteri bekerja dengan dedikasi berdasarkan perjuangan UMNO dan akan terus mempertahankannya daripada sebarang tekanan dari luar.

Kepada puteri-puteri, teruskan bekerja keras bersama-sama jentera BN berkempen untuk memastikan Datuk Arif menang. Kita semua tahu ia bukan tugas mudah, tapi ia bukan juga sesuatu yang mustahil.


Saturday, August 23, 2008

Bersama warga emas dan kurang upaya di Padang Temusu


Salam semua,

Semalam, saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad untuk membuat lawatan kebajikan ke rumah-rumah warga emas dan kurang upaya di Kampung Padang Temusu, Permatang Pauh.

Program kebajikan ini adalah anjuran Puteri Negeri Kedah yang diketuai oleh Shahanim. Turut bersama lawatan itu adalah Timbalan Ketua UMNO cawangan Padang Temusu, Hj Ishak dan juga Ketua Wantia Pn Salmiah, ketua-ketua Puteri bahagian negeri kedah, ahli-ahli cawangan UMNO cawangan Padang Temusu dan juga orang-orang kampung di situ.

Di dalam program itu, kami menziarahi sebanyak 13 buah rumah yang dihuni oleh warga emas dan juga kurang upaya, serta nemberi mereka sedikit sumbangan berupa barangan keperluan seperti beras, gula, susu dan lain-lain.

Kebanyakan mereka hidup dalam keadaan uzur dan ada juga yang tinggal bersendirian berikutan anak-anak sudah dewasa serta berkeluarga, dan tinggal berjauhan. Dengan lawatan ia sekurang-kurangnya dapat menghiburkan warga-warga emas ini.

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Puteri Negeri Kedah, terutamanya Ketua Puteri Negeri Shahanim yang telah menganjurkan program murni itu dengan jayanya. Diharapkan selepas ini akan ada lebih banyak lagi program-program kebajikan seperti ini.



Wednesday, August 20, 2008

Brownie yang paling sedap...


Salam semua,

Kadang-kadang hadiah yang paling mudah adalah hadiah yang paling bermakna atau berharga kepada kita. Ia mungkin murah ataupun mudah, namun nilainya sangat tinggi dan istimewa kerana hanya kita sahaja yang boleh menghargainya.

Bila saya tiba ke rumah dari Permatang Pauh, jam sudah menunjukkan kira-kira jam 4 pagi. Dalam keadaan yang cukup letih dan mengantuk saya terlihat biskut “brownie” di atas meja untuk saya.

Saya pun tertanya-tanya siapa yang beri saya biskut yang comel itu. Rupa-rupanya biskut “brownie” itu adalah hasil aktiviti anak bongsu saya Irfan yang baru pulang dari Fun Camp di sekolahnya.

Aduh…tersentuh sungguh hati saya lihat hasil kreativiti Irfan membuat biskut itu dan menghadiahkannya kepada saya. Ia cukup mudah tapi pada saya ia cukup bernilai sebagai tanda ingatannya kepada saya.


Terima kasih, sayang. "Brownie" ini adalah yang paling sedap Umi pernah rasa :).

Monday, August 18, 2008

Kempen yang kasar....

Salam semua,

Saya baru sahaja pulang dari Permatang Pauh untuk membantu jentera kempen bagi pilihanraya kecil di sana, dan juga untuk memberi sokongan kepada calan BN, Datuk Arif Shah ketika penamaan calon.

Saya telah mengikuti banyak kempen pilihanraya tapi kempen pilihanraya kecil ini pada pendapat saya adalah yang paling kasar dan menggerunkan akibat tindakan melampau sesetengah penyokong parti pembangkang, terutamanya dari PKR.

Ketika proses penamaan calon, penyokong-penyokong dan pekerja-pekerja BN dimaki hamun dan dicemuh dengan pelbagai nama yang menghinakan.

Ahli-ahli Puteri turut tidak terlepas dengan pelbagai tindakan kasar sesetengah penyokong parti lawan yang tampak begitu emosional dan melepaskan kemarahan pada sesiapa sahaja daripada BN.

Seperti Datuk Noraini berkata, ada ahli-ahli Puteri yang diperlakukan secara fizikal yang jelas menunjukkan sikap kurang ajar, biadap dan tidak hormat kepada kaum wanita. Apa agaknya mereka rasa kalau perkara yang sama diperlakukan kepada ibu, isteri, anak atau adik perempuan mereka? Kemarahan dalam hati memang meluap-luap dan hendak saja mengambil tindakan balas yang tegas, tapi masih boleh bersabar kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka.

Dalam perjalanan pulang selepas penamaan calon, jalan sesak teruk dan kenderaan yang saya pandu termasuk melalui kawasan PKR. Kereta saya dan beberapa kereta Puteri yang lain diserbu, digoyang-goyang, ditendang-tendang dan cermin pula diketuk-ketuk.

Ketika itu saya, Iza, Wada dan Syikin di dalam kereta begitu takut, bimbang keadaan akan menjadi bertambah liar. Sementara Ayunie, Nureeza, Zureedah, Anis, Afruz, Zurina, Azlina, Ana, Suhana dan Zureena dalam dua kereta lain di belakang juga mengalami perkara yang sama. Suasana memang cemas tapi alhamdulillah kami berjaya meneruskan perjalanan.

Di bilik operasi, ahli-ahli Puteri giat membantu jentera dengan membuat semakan senarai daftar pengundi, memberi maklumat terkini di lapangan, program bersama rakyat setempat, gotong royong, lawatan kebajikan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

Kita juga berjaya mengesan beberapa “pengintip” yang cuba masuk dalam operasi Puteri untuk mendapat maklumat atau memberi maklumat palsu. Ada juga yang dikesan mengaku Puteri dan berkempen memburuk-burukkan calon BN.

Itulah, parti lawan ini kalau dalam blog atau media rasmi mereka bukan main lagi mengutuk-ngutuk dan menuduh BN “bermain kotor” ketika berkempen tetapi saya percaya tuduhan-tuduhan itu dilempar untuk mengaburi “permainan kotor” mereka sendiri.

Saya percaya taktik kasar dan menakut-nakutkan penyokong-penyokong dan pekerja-pekerja BN akan berterusan dan semakin serius sehinggalah ke hari pengundian pada 26 Ogos.

Saya berharap ancaman-ancaman ini tidak akan melemahkan semangat ahli-ahli Puteri dan juga penyokong-penyokong BN daripada terus bekerja dan memberi yang terbaik untuk memastikan BN menguasai Parlimen Permatang Pauh. Kita tidak harus tunduk kepada sebarang tekanan yang tidak berasas dan tidak bertamadun ini.

Jika ketika berkempen di pilihanraya kecil sudah begini kelakuan mereka, saya tak dapat bayangkan jika mereka ini diberi kuasa.


Tuesday, August 12, 2008

Sumbangan untuk Program Konvoi Menyusur Akar







Salam semua,

Baru-baru ini, Biro Briged Puteri Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) telah mengadakan Majlis Pelancaran dan menerima penyerahan sumbangan Program Konvoi Menyusur Akar daripada Jabatan Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan yang bertempat di Pejabat Jabatan Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan.

Program ini bakal diadakan sempena bulan Ramadhan pada 13 dan 14 September 2008, bertujuan untuk menghulurkan bantuan keperluan asas kepada 120 keluarga berpendapatan rendah dengan mensasarkan 10keluarga daripada setiap Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Program ini mensasarkan golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai dan beberapa kriteria lain yang menjadi pertimbangan MAPIN. Pemilihan penerima sumbangan ini berdasarkan daripada maklumat ahli-ahli Biro Briged Putri MAPIN di kawasan masing-masing.

Dalam hal ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Mohd Zaharil Kasim, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan yang menyokong program murni ini.

Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Briged Puteri MAPIN yang turut hadir ke majlis berkenaan untuk memberi sokongan. Saya harapkan daripada sumbangan ini, kita akan terus mendapat lebih banyak sumbangan supaya Program Konvoi Menyusur Akar ini akan berjaya dan mencapai objektifnya nanti.



Friday, August 8, 2008

Di Awani


Salam semua,

Alhamdulillah temubual di Awani itu berjalan dengan lancar. Pada saya ia adalah suatu pengalaman yang menarik cuma saya rasakan tidak berapa puas kerana masa yang diperuntukkan sangat pendek menyebabkan tidak banyak yang dapat disampaikan kepada penonton.

Topik yang dibincangkan memang menarik dan alangkah bagusnya jika ia benar-benar dikupas sedalam-dalamnya kerana ia membabitkan pembangunan bandar, terutamanya melibatkan golongan berpendapatan rendah yang tersepit dalam kos kehidupan yang tinggi di bandar-bandar besar.

Sebelum saya pulang, saya sempat berbisik kepada pengacara Kamarul Bahrin Harun memintanya menyampaikan kepada pihak pengurusan Awani untuk mengadakan lagi perbincangan sumpama itu, tapi biarlah dengan lebih lama serta mendalam.

Oh ye, terima kasih juga kepada YB Haniza yang bersama-sama menjayakan program Sudut Pandang itu.

Thursday, August 7, 2008

Sudut Pandang di Astro Awani Ch 501, 8.30 malam ini

Salam semua

Malam ini saya dijemput untuk ditemubual dalam sesi Sudut Pandang di Astro Awani yang akan disiarkan secara langsung di Ch 501, pada jam 8.30 hingga 9.00 malam.

Topik yang akan dibincangkan adalah "Urbanisasi: Governans Sumber & Keharmonian Masyarakat Majmuk Untuk 10 tahun Akan Datang". Tetamu yang turut dijemput sama adalah YB Haniza Mohamed Talha, ADUN Taman Medan yang juga merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor.

Saya gembira menerima jemputan ini dan telah membuat persiapan terperinci untuk membincangkan topik yang cukup menarik dan pada saya relevan untuk perancangan pembangunan bandar 10 tahun akan datang.

Saksikan malam ni, ye.

Tuesday, August 5, 2008

Reinventing Puteri?

Salam semua,

Saya terbaca satu artikel yang cukup menarik di
New Straits Times hari ini yang mengupas mengenai kepimpinan Pergerakan Puteri Umno.

*********************

Does Puteri Umno need to reinvent itself?

By Sajahan Abdul Waheed

THE start of a new chapter -- that best describes Puteri Umno's general assembly in December, which would be the first time elections are held for the top two posts in the movement, formed in 2001.


In its first election in 2002, the then pro-tem head Datuk Seri Azalina Othman Said was elected unopposed as the movement's head while Datuk Noraini Ahmad, the former secretary, was the deputy.

Two years later, a stiff contest was expected between Noraini and Kedah Puteri Umno head Suraya Yaakob for the leadership while Sabah Puteri Umno head Rosnah Abdul Rashid Shirlin and the movement's secretary Bibi Sharliza Mohd Khalid would tussle to be deputy.

However, in the end, a compromise was reached with Noraini and Rosnah winning unopposed, Bibi Sharliza was retained as the secretary while Suraya was made the treasurer.

This time around, a keen contest is expected with four candidates going around and checking the situation at the divisional level.

They are Rosnah, Bibi Sharliza, the movement's information head Datuk Shahniza Shamsuddin and its executive council member Datin Ismalina Ismail.

Without the quota system to contest other party posts, one needs only two nominations to contest a post in Puteri Umno.

In the 12th general election, Puteri Umno was allocated two parliamentary seats which it won and eight state seats out of which its candidates won four. In the 2004 general election, Puteri got two parliamentary seats and two state seats.

The general feeling among the grassroots is that Puteri Umno has lost its charm and the movement is said to be less relevant to the political developments surrounding Umno.

Bibi Sharliza, in admitting this, said the spirit of the members was low."Some of us feel that our voice is not heard at the divisional and national level. This is not what we want as Puteri Umno should play an active role in mainstream politics.

"Azalina was a very vocal leader and during her tenure, Puteri was flying high. However, Noraini prefers to play it safe. This could well be a reason why some quarters are not taking our presence seriously."

However, Ismalina has a different view: "It is only those who are outside the movement who feel that Puteri Umno is quiet. Noraini has empowered the divisional and state Puteri chiefs to organise their own programmes and we are conducting many activities on the ground.

"The problem with Puteri Umno is most of us are not known outside and it is rather difficult to get publicity. That is why the perception that Puteri Umno is lying low arises."

Said a Puteri Umno executive council member: "We have been quiet, thus, you cannot feel upset if people say that we are less relevant to today's political situation. "It is partly our fault. The whole movement has to be reinvented from top to bottom.

"Noraini is too quiet. During the last general election, our presence was hardly felt. "

Among the four candidates, Shahniza is said to enjoy good grassroots support. Bibi Sharliza is seen as a vocal and experienced leader while Rosnah has the advantage as the deputy head.

However, some feel that Ismalina cannot be ruled out. Her machinery on the ground is said to be moving very well. This is despite Ismalina only declaring recently her intention to contest the top post while the other three have made it known some time ago.

Looking at Puteri Umno's previous records, when Azalina and Noraini were elected the movement's head, they were not holding any government posts.

Thus, if Puteri Umno members want to retain this trend, Ismalina and Bibi Sharliza would be the choice as Shahniza is the Kuala Penyu assemblyman while Rosnah is the Papar member of parliament.

Some feel that having a leader who is not an elected representative would enable her to be fully committed to the movement.

Bibi Sharliza, a former Paroi assemblyman, said: "In the 2004 election, when I wanted to contest the deputy head post, I was told to concentrate on my constituency. So the same approach must be used now."

The campaign will heat up when the divisions make their nominations for the top posts in October. What is certain is the battle would grow intense and a new record would be created when the new Puteri Umno head is elected in December.

Monday, August 4, 2008

Penat...tapi seronok

Salam semua,

Selepas selesainya program Jom Cari Kerja di Gombak Setia, Sabtu lalu, saya rasa cukup penat tapi ia juga menyeronokkan. Segala penat lelah membuat persiapan program tersebut berbayar apabila melihat ia menerima sambutan yang cukup baik.

Pusat Komuniti Gombak di mana program itu berlangsung bukan sahaja dikunjungi oleh mereka yang tinggal di sekitar kawasan berdekatan malah dari Shah Alam, Klang, Kajang dan ada juga yang datang dari Seremban.

Saya juga gembira dengan kehadiran YB Dato' Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia, yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir merasmikan program sehari ini.
Sokongan beliau memberi saya lebih keyakinan untuk meneruskan lagi program ini yang akan diadakan di Melaka dan beberapa negeri lain, tidak lama lagi.

Alhamdulillah, banyak juga yang telah mendapat pekerjaan setelah menghadiri temuduga terbuka yang dilakukan oleh beberapa syarikat di program tersebut.

Ramai juga yang mendapat manfaat dengan mengambil bahagian dalam beberapa bengkel dan ceramah yang membantu mereka menulis resume yang baik, cara-cara menghadapi temuduga dengan yakin dan lain-lain lagi.

Memandangkan sambutan yang baik untuk program pertama ini, saya berazam untuk mempertingkatkan lagi pengisiannya dengan cuba menarik lebih ramai sektor swasta untuk mengambil bahagian supaya objektif mengurangkan kadar pengangguran terutamanya di kalangan golongan belia, tercapai.

Terima kasih saya kepada rakan-rakan dan ahli-ahli jawatankuasa Briged Puteri MAPIN (Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional) yang telah membantu saya menjadikan program ini sukses. Terima kasih juga kepada YBhg Dato’ Suhaimi Yacob, Timbalan MAPIN yang turut sudi hadir untuk memberi sokongan.

Jadi saya berharap untuk bertemu lagi di program yang sama tidak lama lagi. Nantikan sahaja pengumuman yang akan dibuat di sini ataupun melalui media massa.

Di sini, ada beberapa keping gambar program berkenaan.















Friday, August 1, 2008

Jom Cari Kerja di Gombak Setia, esok

Salam semua,

Esok, hari Sabtu 2 Ogos 2008 akan berlangsungnya siri pertama Jom Cari Kerja yang akan diadakan di Pusat Komuniti Gombak Setia dan bakal dirasmikan oleh YB Datuk Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, pada jam 10 pagi

Program pameran kerjaya selama sehari ini bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai terutamanya golongan belia yang masih mencari-cari lagi pekerjaan.

Pameran kerjaya ini dianjurkan oleh Briged Puteri MAPIN (Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional) yang dipengerusikan oleh saya sendiri.

Dalam hal ini saya berterima kasih kepada My Events Sdn Bhd yang menguruskannya dan ditaja oleh People Source (M) Sdn Bhd dan Lim Kok Wing University of Creative Technology (LUCT) dengan sokongan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia.

Di sepanjang pameran tersebut, beberapa syarikat besar akan mengadakan temuduga terbuka. Selain itu, akan ada seminar kerjaya, bengkel menulis resume, menghadapi temuduga dan pelbagai aktiviti serta maklumat yang dapat membantu golongan belia mencari pekerjaan.

Jadi, saya ingin menjemput semua untuk ke program ini dan jika mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai saya Cik Iza di 012-2711807.

Oh ye, saya ingin juga ucapkan kepada rakan-rakan media yang memberi publisiti kepada program ini. Selain media cetak, program ini juga telah mendapat publisiti daripada Selamat Pagi Malaysia yang menemuramah saya pagi tadi.

Kita jumpa esok.

Nota : ini gambar yang diambil guna handphone saya ketika ditemuramah oleh Hisham Salleh dan Eisya di RTM pagi tadi.