Thursday, March 18, 2010

Assalamualaikum wrt wbt!

Hari ni Saya hadir ke Forum Konsultatif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial anjuran LPPKN.

Mula2 berbelah bagi juga sebab malam sebelum mak ada cakap nak bawak anak2 dan anak2 saudara pergi swimming. Punya la berbelah bagi sebab dua2 penting. Tapi akhirnya saya buat keputusan untuk hadir ke Forum tu.

Untung hadir ke forum tu sebab banyak ilmu dan pengetahuan baru tentang Pendidikan Reproduktif dan masalah serta senario yang melanda remaja sekarang. Boleh juga guna ilmu yang dapat masa forum tadi untuk membesarkan anak2 dan anak2 saudara. Yang penting Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif telah diluluskan pada November 2009. Apa yg dibentangkan oleh Dr Norliza dan RHAM tadi memang membuka minda. Dr Bala dalam forum petang beritahu mesyuarat teknikal pada 2006 dah ambil kira semua aspek. Dato Dr Zaleha Kamaruddin pula bagi idea yg bernas macamana nk sampaikan mesej kepada lelaki.

Saya cadang nk buat untuk SK CBN2 sebab saya YDP PIBG. Bila sembang dengan anak2 pasal Forum tu dalam perjalanan hantar dia org ke tiusyen, dia orang sokong program ini dan siap bagi pendapat . Ni yang lagi semangat nak buat ni.

Lepas forum td, sempat jumpa Pengerusi Gerakwanis Sgor dan bincang prog, sy ajak dia buat program I'm In Control untuk Beliawanis. Semoga dapat bantuan dari LPPKN. Ini je yan boleh kami bantu remaja di luar.

Monday, March 1, 2010

Malam Mesra Chap Goh Mei





Salam semua dan Gong Xi Fa Chai,




28 Februari 2010 di Tasik Taman Jaya berhadapan Amcorp Mall, saya telah menghadiri satu Majlis anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Selangor dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Daerah Petaling dan Majlis Belia Selangor Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu Program Malam Mesra Rakyat Chap Goh Meh 2010



Antara program istimewa yang dianjurkan pada program tersebut ialah satu acara simbolik melontar limau cina ke dalam tasik. Sebagai tradisi cina gadis-gadis yang masih bujang menulis maklumat diri di atas buah limau tersebut kemudian melontar ke dalam tasik dan pihak lelaki mengambil buah tersebut sebagai tanda perkenalan untuk mencari pasangan. Selaras dengan konsep 1Malaysia semua kaum di galakan untuk menyertai acara tersebut. Pada malam tersebut juga diserikan dengan persembahan tarian tradisional daripada tiga kaum, tarian singa dan semua persembahan ini adalah melibatkan belia daerah petaling.

Antara tetamu yang hadir adalah YB senator Datin Paduka Chew Mei Fun, YB Edward Lee dan YBhg. Datuk Paduka Hj. Faizal Abdullah, Pengerusi Majlis Belia Selangor. Saya menjangkakan seramai hampir 5 ribu orang yang hadir terdiri daripada bilang kaum dan peringkat usia.




Pada saya ini adalah satu majlis yang meriah kerana melibatkan semua golongan belia tidak kira bangsa yang telah diberi kesempatan untuk membuat persembahan.




Apa pun tahniah kepada pihak penganjur yang telah menjayakan majlis tersebut. Tahniah semua.

Salam semua,



Pada 28 Februari 2010 yang lalu bertempat di Tapak Pasar Malam, Taman Medan, Majlis Belia Selangor Daerah Petaling, Majlis Permuafakatan Dun Taman Medan, Agensi Kerajaan Daerah Petaling dan pejabat Belia Dan Sukan Daerah Petaling telah menganjurkan Program Permuafakatan NGO’S 1Belia 1Malaysia peringkat Daerah Petaling.



Antara program yang dianjurkan adalah Pertandingan ‘Street Soccer’ dan Bola Jaring. Antara pameran yang diadakan adalah dari Agensi Kerajaan seperti AADK, Kesihatan, Penerangan, Polis DiRaja Malaysia, pameran kenderaan Bomba, demonstrasi Safety Driving Center dan sebagainya.



Program ini telah dirasmikan oleh YM Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik Pemangku Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan merangkap Pengerusi Penyelaras Dun Taman Medan. majlis penutup program disempurnakan oleh Tuan Haji Mahkruzi Haji Iksan, Pengarah Jabatan Belia dan sukan Negeri Selangor. Walaupun dalam keadaan cuaca panas terik tidak menghalang golongan belia untuk hadir memeriahkan lagi program dan menyertai acara yang di pertandingkan.

Apa yang saya suka lihat ada permuafakatan belia ini bekerja menjayakan program tersebut biarpun banyak kekurangan - ada yg panjat pokok utk pastikan wayar x halang kenderaan, Along technician hebat mengalahkan MacGyver...



Syabas semua.