Wednesday, January 26, 2011

Peningkatan Sakit Mental di Kalangan Pelajar

Assalamualaikum

Tadi saya sempat membelek Malay Mail yang membawa isu ramai pelajar menghidap sakit mental kerana tekanan belajar. Dalam laporan itu ada disebutkan betapa sistem pendidikan yang terlalu exam oriented.

Saya tidak bersetuju sepenuhnya. Saya akui bahawa ibu bapa menyangka anak2 pada ketika ini merupakan sponge yang boleh menyerap semua. Selain drpd tu ada ibu bapa yang nak memberikan yg terbaik kepada anak-anak tanpa menyedari mereka 'memaksa' anak-anak memenuhi 'impian' mereka sendiri. Ada juga ibu bapa yang menyogokkan semua aktiviti ini bagi memastikan anak-anak tidak punya masa banyak untuk aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Sesungguhnya ibu bapa mana yg hendak melihat anak mereka hancur. semua ibu bapa jika ditanya pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

tetapi sebagai ibu bapa, kadang-kadang, kita kena meletakkan diri kita di tempat anak-anak. Kalau kita sendiri asyik bekerja tanpa henti, pasti kita pun stress dan nak lari. Kita juga kena mempelajari anak-anak kita bukan hanya melalui pandang kasar tapi juga akan perasaan, keupayaan mereka, kehendak dan minat mereka dan banyak lagi. Sebab itu la menjadi ibu bapa ini bukan hanya 'mengikut flow' tapi kita kena sentiasa mencari ilmu-ilmu yang berkaitan keibubapaan, komunikasi, perkembangan anak-anak dari segi biologi, mental dan emosi dan banyak lagi. Dan sebab itu juga la maka Allah s.w.t berfirman bahawa kita harus menuntut ilmu hingga ke liang lahad.

Ramai ibu bapa yang sibuk dan tak punya banyak masa, tapi anak-anak kan aset kita. kalau kita boleh peruntukkan masa untuk mengembangkan perniagaan kita, mencari ruang perniagaan, mencantikkan diri kita, mengapa kita tak boleh mencari masa untuk meluangkan masa yang berkualiti untuk anak kita?

Anak-anak kita bukan hanya perlu diberi 'makan' dengan belajar, aktiviti seperti tae kwondo, kelas muzik, ballet dsb tetapi juga harus diberi kasih sayang, perhatian, dilihat asas agamanya. Saya yakin, kalau anak-anak ada asas agama, sekurang-kurangnya bila tension, boleh berzikir. Solat lima waktu sendiri boleh mengurangkan stres kita dan merupakan exercise kepada badan kita serta otak yang penat belajar mahupun bekerja

2 comments:

zaer said...

Saya setuju..ingin bertanya pada Puan, Adakah stress kerana Pembangunan IQ, EQ dan SQ tidak berjalan seiring>????

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2825] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.