Thursday, September 18, 2008

Berbuka puasa di Rumah Nur Salam


Salam semua,

Semalam Briged Puteri MAPIN mengadakan program ziarah dan majlis berbuka puasa di Rumah Nur Salam di Jalan Chow Kit.

Rumah ini adalah pusat jagaan kanak-kanak terabai yang tinggal di sekitar Jalan Chow Kit. Di pusat berkenaan, kanak-kanak ini diberi makanan, perlindungan dan bimbingan, yang sekaligus mengelakkan mereka daripada pengaruh tidak sihat dan menjauhkan mereka daripada kes-kes jenayah di situ.

Kami tiba di situ kira-kira jam 5.30pm dan beramah mesra dengan kanak-kanak di situ yang seramai kira-kira 30 orang. Menurut penagrah pusat itu, Raja Azizan, pada hari-hari biasa pusat jagaan itu secara purata menempatkan kira-kira 50 kanak-kanak.

Kami juga menyaksikan beberapa aktiviti berkumpulan yang dianjurkan oleh beberapa sukarelawan yang cukup menggembirakan kanak-kanak berkenaan. Lebih menarik, setiap aktiviti yang diadakan itu sarat dengan elemen-elemen pembelajaran dan pembentukan personaliti diri.

Melihat kanak-kanak itu saya merasa begitu bersyukur yang saya diberi rezeki yang baik dan dapat menyediakan keperluan asas yang secukupnya untuk anak-anak saya sendiri. Saya berasa ia menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu kanak-kanak ini dengan memberikan apa sahaja sokongan yang kita boleh berikan kepada mereka.

Terima kasih saya kepada Raja Azizan dan sukaralewan-sukarelawannya yang sudi menerima ziarah kami. Penghargaan kepada rakan-rakan media yang turut berada di sana membuat liputan dan semoga dengan liputan itu, lebih ramai yang akan tampil membantu kanak-kanak ini.

Terima kasih juga kepada ahli-ahli Briged Puteri MAPIN yang turut hadir di program semalam. Kehadiran dan sokongan anda amat besar ertinya kepada kanak-kanak tersebut. Bersama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah Kak Ina, program2 macam ni lah yang boleh membuka minda kita yang tidak berapa peka atau tahu yang ada orang yang lebih memerlukan di luar sana

Fatim, Setiawangsa

Anonymous said...

Tahniah Kak Ina..

Kita sebagai Puteri harus sentiasa prihatin kepada semua golongan. Tahniah kerana masih menjalankan aktiviti dan meneruskan motto puteri.

Generasi Wanita Prihatin.

emy said...

nice pics!!!
congratulations sist..

Anonymous said...

Tuhan murahkan rezeki anda. Didoakan agar melalui anda dapat sama anak anak kita yg lain, melayu,cina,india dll merasakan kenikmatan yang diberi.

Didoakan juga agar ibadahmu diterima.
Syukran