Tuesday, September 16, 2008

Briged Putri MAPIN bantu 10 keluarga miskin




Salam semua,

Baru-baru ini, Briged Puteri Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (Mapin) yang saya pengerusikan telah mula menggerakkan Program Konvoi Menyusur Akar dengan memberi bantuan keperluan asas kepada 10 keluarga miskin di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Ini adalah projek tahunan Briged Puteri Mapin dengan kerjasama Puteri UMNO Wangsa Maju yang bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang mempunyai ramai tanggungan pada bulan Ramadan ini.

Untuk program ini , kita telah kenal pasti seramai 28 keluarga miskin yang layak menerima bantuan itu. Setakat ini, sebanyak 10 keluarga telah diberikan bantuan manakala selebihnya akan menerima bantuan sebelum akhir Ramadhan.

Program Konvoi Menyusur Akar itu juga akan diteruskan dengan mengadakan majlis berbuka puasa di Rumah Nur Salam di Jalan Chow Kit tidak lama lagi.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dan begitu juga ahli-ahli Puteri UMNO Wangsa Maju dan juga Briged Puteri MAPIN yang bersama-sama menjayakan program yang ini.

Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan juga keinsafan kepada kita semua supaya bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Kak Ina, usaha ini harus dipertingkatkan lagi. Jangan mudah puas hati dengan apa yang ada. Kita harus berusaha hingga ke akar umbi. Harus mengenali dan mendalami jiwa masyarakat serta mendekati mereka dengan lebih terperinci. Kita harus terus berusaha sehingga tiada satu sebab dan alasan untuk mereka menolak kita.

Anonymous said...

salam ramadhan...
syabas dan tahniah kepada Datin Ismalina dan kawan-kawan di kuala lumpur....semoga usaha murni ini akan diteruskan....bila nak datang Labuan? Kami sangat berbesar hati seandainya program ini turut diadakan di Labuan yang juga merupakan salah sebuah negeri dalam Wilayah Persekutuan........