Thursday, March 5, 2009

Pusingan akhir...


Salam semua,

Hampir sebulan saya tidak update blog ni. Aduh... kesibukan saya yang amat sangat ketika ini apatah lagi sekarang sudah memasuki pusingan akhir bagi pertandingan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO, menjelang Perhimpunan Agung UMNO di penghujung bulan ini.

Selain sibuk berkempen dan bertemu ahli-ahli Puteri di seluruh negara dalam beberapa siri jelajah, saya juga terlibat dalam beberapa perancangan dalam persediaan pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan juga Bukit Selembau.

Selain itu, program-program lain juga berjalan termasuk Tayangan Amal "Maut" Untuk Gaza yang akan diadakan di GSC Pavillion malam esok Jumaat 6 Mac 2009, jam 8 malam. Saya harap ramai yang akan hadir untuk memberi sokongan kepada tayangan amal ini yang hasil kutipannya akan disalurkan untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.

Ok, kad calon saya pun dah siap dan no saya adalah No 1. Sesetengah teman mengusik bahawa no itu diharapkan menjadi tuah kepada saya. Moga-moga begitulah tapi ia hanya sekadar nombor kerana yang lebih penting adalah majoriti perwakilan Puteri nanti akan memangkah nombor ini.

Nombor ini mewakili saya, mewakili aspirasi dan cita-cita saya untuk Puteri UMNO Malaysia, setelah sekian lama berbincang dan mendapatkan maklumbalas daripada ahli-ahli Puteri. Saya percaya apa yang saya ingin bawakan ini adalah sejajar dengan kehendak majoriti ahli-ahli dan saya perlukan sokongan anda semua untuk merealisasikannya.

Ok, enough of talking kerana saya harus bergerak sekarang untuk bertemu lebih ramai lagi ahli-ahli di pusingan akhir kempen ini. Jika anda ingin bertemu saya, bila-bila masa boleh hubungi saya di 012-3373311 ataupun pu3ina@yahoo.com.


ralat : oppsss..silap, malam ni jumpa di GSC MID-VALLEY dan bukannya PAVILLION

6 comments:

Anonymous said...

Go...Kak Ina go...no.1 pembawa semangat perjuangan untuk kelansungan parti keramat kita.

Good Luck 4 ever.

Anonymous said...

kak ina,

GSC mid valley ker GSC Pavillion

Ismalina Ismail said...

opsss....silap. malam ni di MID-VALLEY ye. thanks for pointing out the error.

Anonymous said...

salam..

guys.., ikuti bual bicara
penuh kak ina kat http://www1.mstar.com.my/eksklusif.asp

good luck kak ina..!!

Anonymous said...

Salam Kak Ina,
All the Best to u Kak Ina. SeMOga No.1 akan membawa tuah buat Kak Ina untuk menjadi orang penting & No.1 dalam Puteri UMNO.

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup".

"Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman".

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"..

BEsT oF LuCK 4 Ever Kak Ina..

Anonymous said...

kak ina, all the best for u..perjuangan belum selesai and terus kan usaha murni mu itu..