Sunday, February 8, 2009

Tugas berat sedang menanti

Salam semua,

Rasanya ramai yang masih lagi dalam keadaan percaya dan tak percaya dengan senario politik Perak yang bagaikan adegan daripada kisah di dalam filem. Namun sama ada percaya ataupun tidak, hakikatnya Kerajaan Negeri Perak kini telah kembali ke tangan Barisan Nasional dan saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pucuk pimpinan parti yang telah bekerja keras melakukannya.

Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Dr Zambry Kadir atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Pada usia 47 tahun dan salah seoarang pemimpin Pemuda UMNO yang berwibawa, saya yakin Dr Zambry berupaya membawa nafas baru kepada pemerintahan di Negeri Perak.

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai kewajaran pengambilalihan Negeri Perak. Ramai yang mempersoalkan mengenai moraliti dan etika pengambilalihan itu. Ramai yang memperkatakan BN, atau lebih tepat UMNO telah memanipulasi ramai pihak untuk mendapatkan kembali kuasa. Tidak kurang yang mengatakan UMNO telah menggunakan wang dan membuat ancaman kepada pihak-pihak tertentu supaya wakil-wakil rakyat itu keluar atau lompat parti.

Pada saya tuduhan adalah sekadar tuduhan dan anggapan liar tanpa adanya bukti-bukti yang kukuh, dan jika ada, kita punya saluran undang-undang untuk diambil tindakan. Melanggar etika? Mungkin, tapi jika kita menghalang niat atau tindakan wakil-wakil rakyat itu keluar atau lompat parti, maka kita juga melanggar etika atau hak mereka iaitu "the right of association". Perkara ini tidak melanggar undang-undang sama sekali, malah alasan ini juga digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk mempelawa wakil-wakil rakyat BN menyertai mereka.

Rasanya semua sudah mual dan bosan mendengar janji-janji pemimpin PR mengenai pengambilalihan Kerajaan Persekutuan melalui pintu belakang ataupun lompat parti. Ketika itu, tiada pula penyokong mereka memperkatakan mengenai isu moral dan etika. Kenapa pula mereka melenting pula bila strategi yang mereka rancang selama ini, terkena pula ke atas mereka? Jadi, sebagai ahli politik, sedialah terima hakikat ini.

Oleh kerana BN kini mempunyai sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat di Perak, maka sekaligus mempunyai majoriti, lantas hak untuk membentuk kerajaan yang baru. Ini adalah perkara yang logik dan juga dalam lingkungan hak dan undang-undang. Kenapa dipersoalkan? Jika mereka berada di tempat yang sama, perkara ini juga akan mereka lakukan.

Mengenai laungan bahawa DYMM Sultan Perak seharusnya membubarkan Kerajaan Negeri Perak bagi membolehkan pilihan raya diadakan, itu adalah hak DYMM Tuanku dan sudah termaktub di dalam perlembagaan negeri. Kita yang memberinya hak, maka seharusnya kita menghormati hak DYMM Tuanku. Bukankah PR mengatakan "terserah kepada DYMM Tuanku membuat keputusan". Jadi DYMM Tuanku sudah buat keputusan, kenapa dibantah? DYMM Tuanku bukanlah calang-calang orangnya, maka pastinya keputusan yang dilakukannya sudah diberi pertimbangan semasak-masaknya untuk kebaikan semua pihak, dan dalam lingkungan undang-undang.

Datuk Seri Nizar seharusnya ingat bahawa perlantikan beliau dahulu adalah atas perkenan DYMM Sultan Perak, kerana jika dicongak bilangan kerusi, PAS tidak punya hak untuk wakilnya dilantik sebagai Menteri Besar kerana majoriti kerusi yang dimenangi adalah oleh DAP. Mungkin Datuk Seri Nizar lupa bahawa DAP begitu bersungguh-sungguh ingin melantik wakilnya menjadi Menteri Besar, namun perlembagaan Perak mengkehendaki Menteri Besar seorang Melayu dan Islam, maka Datuk Seri Nizar dilantik. Ketika itu, kebijaksanaan DYMMM Tuanku dijunjung tapi kenapa kini Datuk Seri Nizar "pohon derhaka"?

Saya juga kesal dengan tindakan sesetengah penyokong PR yang membuat kecoh berhampiran dengan Istana Bukit Chandan. Sahabat-sahabat saya di Kuala Kangsar memaklumkan bahawa mereka yang membuat bantahan dan demonstrasi itu bukannya orang tempatan tapi orang-orang luar. Orang-orang Kuala Kangsar terpaksa berkurung di rumah kerana dan cukup menyampah atas tindakan biadap mereka ke atas DYMM Sultan sehingga ada yang dilaporkan menghalang dan melempar batu kepada kereta yang membawa Raja Muda. Ini jelas perbuatan kurang ajar, yang pastinya bukan menggambarkan sikap orang-orang Melayu di Negeri Perak yang amat menghormati sultannya.

Lebih saya kesali, mereka yang melakukan demonstrasi dan dijadikan perisai di barisan hadapan untuk berdepan dengan pasukan FRU, semuanya orang-orang Melayu. Di mana yang lain? Di mana mereka yang dikatakan sehati sejiwa di dalam PR? Adakah mereka menjadi dalang di sebalik semua ini? Maka orang-orang Melayulah yang kelihatan derhaka kepada Sultan. Itu mereka harus renungi.

Saya percaya perkara ini akan reda tidak lama lagi, apabila PR akan mula terima hakikat yang mereka telah tersilap percaturan dan hilang pemerintahan 10 bulan mereka itu. Mungkin mereka selepas ini harus bermuhasabah, melihat kembali di mana silap mereka sehingga boleh menjadi begitu leka sekali.

Kepada Dr Zambry dan pasukannya, saya ingin menyatakan sokongan padu dan sedia membantu dengan ahli-ahli Puteri untuk memenangi kembali hati rakyat Negeri Perak. Ia adalah tugas yang besar dan berat untuk mendapat kepercayaan mereka bahawa Kerajaan BN adalah yang terbaik untuk mereka.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diperbaiki di semua peringkat, baik di dalam UMNO, BN ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri. Kesilapan-kesilapan yang lalu sehingga Perak boleh terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihanraya yang lalu, jangan diulangi. Semua jentera parti dan juga pentadbiran harus selalu turun padang untuk mendengar suara rakyat dan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.


9 comments:

Anonymous said...

salam datin,
saya tengok blog datin ni sunyi la. website pun lesu. datin kena glamorkan blog daripada website ni. tak berapa menarik, info pun tak padat sangat. susah nak maintain. isu blog pun macam terpaksa je untuk dimuatkan dalam blog. anyway good movement to a website. tak ramai menteri/vip ada website.

Anonymous said...

tugas berat datuk MB Perak memang sedang menanti. tahniah la BN, ibarat sireh pulang ke gagang. lepas ni kena rajin dan selalu turun padang tengok, dengar dan ambil tindakan semua masalah rakyat. jangan dah nak dekat pilihanraya baru la semua benda nak buat. time tu la nak tar jalan, time tu la nak besarkan longkang, time tu la nak bagi subsidi, time tu la nak bagi pencen ilat. orang dah pandai menilai. program yang dianjurkan pun kena la sesuai dengan kehendak, bukan syok sendiri je. selalu kita dengar kenyataan, 'listen to your people' tapi setakat mana la yang diaplikasikan.

datin tak macam tu kot, selalu dengar permasalahan orang bawahan. komunikasi dua hala, penting. bukannya kita nak kena dengar dan buat 100% cakap-cakap mereka tu tapi sedikit sebanyak kita dapat info. JW Bill Marriott, CEO JW Marriott Hotel & chairman marriott international, pun pernah buat kenyataan, the biggest lesson i have learned through the years is to listen to your people. if i ever get into business, i'm going to ask that question and if i do, i bet i wil get some pretty good information.

harap datuk MB Perak yang baru, sentiasa di dalam rahmat Allah, janji ikhlas dalam semua perkara yang dilakukan. jangan jadi macam datuk seri nizar, takde kesedaran. punya la nak kan kuasa, undang-undang pun boleh dimanipulasi. ish..ish..ish.. buat malu bangsa je. tapi memang selayaknya title 'Phd' tu...pikir-pikirkan la

azlishukri said...

keep moving

Anonymous said...

salam. Kas isma, saya cuma nak tahu yg benar dan batil. betul k dulu kak isma ada pernah baik dan rapat giler spt adik beradik dgn pu3 bernama Juliana / J? Dia le yg byk berusaha dan menolong kak isma, tetapi akhirnya kak isma buang dia mcm tu jer, sampai arr dia merempat, homeless, xde tujuan. Benarkah cerita ini? Adakah kak isma sekejam itu hati dan perasaannya? saya rasa kalau benar, mesti komen saya ni takkan berani kak isma approve..

Anonymous said...

Imej dan persepsi terhadap Pemuda dan Peteri dikalangan pengundi muda sangat negatif. Pemuda dan Puteri gagal memainkan peranan berkesan memikat pengundi muda untuk menyokong perjuangan UMNO. Golongan muda semakin menjauhi UMNO dan menanggap UMNO hanya milik 4 golongan ini sahaja :- i)Elitis ii) Individu mencari glamour iii) Individu menjadikan UMNO sebagai batu loncatan mencari kekayaan. Imej Pemuda dan Puteri jauh lebih buruk.
Kerja 100X keras perlu dilakukan untuk mengubah persepsi ini. Sebenarnya, yang salah ialah para pemimpin Pemuda dan Puteri sendiri. Datang dengan kereta mewah, pakaian ala Datin, mengharap dapat layanan 1st kelas dan pelbagai lagi kerenah hingga membuatkan perkara yang pada mulanya hanyalah persepsi, dah mula diterima sebagai kenyataan.

Cuba jadikan pemimpin golongan muda sebelah pembangkang. Mereka lebih humble, mudah didekati, mesra rakyat, tidak menunjukkan kemewahan. Isu yang dibawa mereka juga dekat dihati golongan muda.

Siapa dikalangan Pemuda atau Peteri yang benar memperjuangan isu rasuah, good governence, integriti dll. Asyik2 isu pembangunan, isu penganguran. Bukannya tidak penting isu itu tetapi disebabkan pembangkang menjadikan isu rasuah untuk menghentam pimpinan UMNO dan dibuktikan dengan tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh mana-mana sayap UMNO bagi menunjukkan yang UMNO juga benci pada rasuah, maka tanggapan yang pemimpin UMNO bergelombang dengan rasuah semakin kuat.

Jika UMNO tidak mengambil sebarang langkah konkrit, saya yakin PRU yang akan datang UMNO akan terlepas kuasa politiknya. Pengundi disaluran 4 dan 5 semakin bertambah dan mereka perlu dipikat dengan langkah-langkah yang lebih berkesan untuk menarik sokongan mereka terhadap UMNO.

Anonymous said...

Anon 21 Feb...
Saya ni kenal Kak Isma dan kenal si J ni..siapa yg biasa berbual dgn J ni tahu sifatnya mcm mana. Kejap cakap mcm ni kejap mcm tu.Senang cakap sikap dia mcm budak2..masa saya sekolah rendah dulu ada jugak bdk2 yg mcm ni tapi tak sangka pulak bila dah dewasa ni akan jumpa lagi budak perangai mcm tu.

cakap besar,merokok,riak tak bertempat,suka mengata org tu org ni,kata bertanding exco puteri,nama pun tak ada..kesian saya tgk budak ni.dia masih tercari2 arah dlm hidup dia. kesian kak BB bawak org mcm ni.saya dgr ada org dah tak sokong kak BB disebabkan si J yg ....anda faham sendiri lah kalau anda biasa bercakap dgn dia..anda yg bijak pasti tahu menilai sendiri peribadi org dari percakapannya..

Anonymous said...

kak ina..,

gud luck tuk election ujung mac nanti.. saya doakan akak berjaya..

but sis.., please update u blog.., make it more interesting yaa..!!

Anonymous said...

Anon 1st march,
tq utk penjelasan tu. Sbb nak dgr citer dari pihak kak isma ler sy bertanya. Hmm, mmg kenal sgt dgn budak J tu, dan saya setuju dgn komen dan pandangan anda psl J tu, sbnarnya kesian dgn org mcm tu. Dah dewasa, tp x blh nak pikir mana yg betul, mana yg bagus utk diikut. Yg jadi mangsa, kak bb pulak. Rasanya x adilkan kak bb dihukum krn J ni mengendeng2 kak bb. Mungkin kak bb pun mcm kak isma gak, berniat baik nak menolong, siapa tahu, dihjg jalan, lain plak jadinya. J ni plak, bilalah nak berubah, x serik2 memburukkan 'tangan' yg memberi dia makan.

Ismalina Ismail said...

maafkan saya kerana lewat menjawab. terima kasih atas kata-kata semangat dan juga nasihat. saya terima dengan hati terbuka. feedback sangat penting bagi saya kerana ia adalah untuk memastikan sebarang tindakan saya memberi kesan yang positif seperti dikehendaki.

mengenai isu ahli puteri secara individu, saya rasa kurang sesuai dibincangkan di sini, di sebuah forum terbuka. lebih baik hubungi saya di pu3ina@yahoo.com ataupun handphone 0123373311. okay?