Monday, April 13, 2009
Kerdilnya diri ini...
Salam semua,
Setelah tamatnya Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, dapatlah saya meluangkan lebih masa untuk pengajian sarjana saya yang asyik terabai berikutan kesibukan berkempen dan juga aktiviti-aktiviti politik yang lain. Alhamdulillah, pensyarah saya cukup memahami dan teman-teman sekuliah cukup sporting dan sedia membantu serta sentiasa memberi sokongan kepada saya.
Baru-baru ini saya telah membuat pembentangan mengenai terapi keluarga kepada pensyarah di hadapan teman-teman sekuliah. Walaupun saya menghabiskan banyak masa membuat persediaan pembentangan itu dan merasakan ia adalah antara kerja saya yang baik, saya merasakannya diri saya begitu kerdil sekali apabila melihat pembentangan oleh teman sekuliah, Syamsuri yang cacat penglihatannya.
Syamsuri menggunakan mesin Braille yang direka khas bagi membolehkan dia membuat pembentangan seperti pelajar-pelajar lain yang normal penglihatannya (sila lihat gambar). Teruja sekali saya melihatnya membuat pembentangan itu yang membuatkan saya berfikir bahawa saya sangat bertuah diberi cukup sifat oleh Allah, dan jika saya memikirkan kesukaran, saya pasti Syamsuri menempuhi cabaran yang jauh lebih sukar.
Ini jelas menampakkan kesungguhan Syamsuri yang tepat digambarkan dengan peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Saya percaya ada ramai orang yang seperti Syamsuri di luar sana yang gigih berusaha tanpa membenarkan sebarang kesusahan itu menghalang kemahuan dan cita-cita mereka.
Saya kagum dengan Syamsuri. Saya kagum dengan mereka yang seperti Syamsuri. Mereka ini mencetus keinsafan kepada saya, dan dalam masa yang sama memberi inspirasi kepada saya. Moga mereka akan mencapai cita-cita mereka di dunia dan juga akhirat. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Saya mamang bangga dengan hamba Allah ini, dan kekadang rasa segan dengan keupayaan beliau. Saya sering berjumpa beliau di surau fakulti dan di Utama...
Jemputan ke "Subang Auto Show 2009" anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Subang pada hari Ahad, 10 Mei 2009, dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang, di Dataran KMST, Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor. Program akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.B. Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir.
Lawati: http://pu3umnosubang.blogspot.com
salam kak, tahniah juag buat akak yang dah pun berjaya menamatkan pengajian... Adat bertanding kalah menang, harus ditempuhi kan...
selamat maju jaya...
usaha tangga kejayaan...
Post a Comment