Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu2 yang berada di luar sana. Saya amat terharu dengan semua pengorbanan kita. Entah mengapa, setiap kali disebut tentang ibu, pengorbanan ibu, susah duka ibu, hati ini amat sayu dan kadangkala sampai menitis air mata.
Kepada yang masih punya ibu, hargailah mereka kerana bila mereka sudah tiada, tak mungkin kita dapat peluang itu untuk memberitahu ibu kita betapa kita amat menghargai ibu kita.
Semlm saya ke Penang, mengendalikan Kursus Parenting@ Work kerana saya jurulatih dan pemantau kursus, Rasa ralat tak bersama anak2 di Hari Ibu. Anak-anak sms ucap. Saya minta maaf kepada anak2 kerana tak dapat bersama mereka pada hari itu. Balik dari kursus, kami (saya dan kawan-kawan) terus bergegas pulang.
Sampai di rumah, hilang semua kepenatan bila dipeluk anak2. Irfan beri kad ucapan warna oren yang dibuat sendiri di sekolah. Kak Ngah pula beri parfum Forever Mariah Carey yang dipilih sendiri dengan bantuan maksunya. yang menyentuh hati umi bila opah cerita, tang membayar, iffa minta tlg maksu bayarkan krn dia segan duit dia syiling. Patutla pada malam umi nk bertolak ke Penang, tiap kali masuk bilik, kak ngah akan menyorokkan sesuatu, rupa2nya dia tengah kira duit syiling dari tabung dia
Saya rasa terharu krn usaha anak-anak untuk membuat/ membelikan sesuatu untuk saya di Hari Ibu.
Saya harap kawan2 di luar sana berpeluang untuk meraikan Hari ibu dengan penuh kasih sayang!
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
selamat hari ibu buat semua ibu2....jasa para ibu x kan terbayar oleh sesiapa...x oleh anak2, x oleh para bapa...n tidak oleh kerajaan...hanya Allah saje lah yg bakal membalas jasa dan bakti para ibu dgn ganjaran syurga n kebahagiaan abadi dunia akhirat!
saya merasa bertuah kerna masih punyai ibu dan berpeluang utk berada dekat dgn ibu dan ayah....cuma kekadang terasa sayu memikirkan tak ramai nank2 sekarang menghargai ibu dan ayah, dan cuma merasai kehilangan sebenar apabila mereka sudah tiada lagi....moga2 para ibu terus gigih dan terus cekal dalam memainkan perananan sebagai pendidik pejuang2 pembela agama dan bangsa....dulu, kini dan selamanya...
Selamat Hari Ibu. Jasa ibu tidak ternilai harganya.
Puteri UMNO sebagai golongan muda harus proaktif dalam mendedahkan tentang PKR kepada kaum ibu dan muda-mudi.
PKR=Illmuninati.
Post a Comment