Thursday, August 12, 2010

Kursus Sehari Keluarga@Kerja (Parenting@Work)

Salam kekeluargaan,

Dah lama saya tak update blog. Rasa bersalah pun ada. Kali ini saya nak bercerita pasal kursus sehari Keluarga@Kerja (parenting@Work) yang saya sedang selaraskan penganjurannya seluruh Malaysia.

Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) telah diberi bantuan perbendaharaan untuk menganjurkan 30 siri kursus Parenting@Work di seluruh Malaysia. Setakat ini kami telah mengadakan sebanyak 22 siri. Saya nk bercerita sikit pasal kursus yang amat bagus ini. Secara dasaranya program keluarga ini bertujuan untuk memupuk kemahiran dan bimbingan keibubapaan kepada pekerja supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mengutamakan keluarga seiring dengan pembangunan kerjaya. Melalui program ini, peluang untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran kekeluargaan dapat diakses di tempat kerja dengan lebih mudah.

Terdapat lima modul di dalam kursus sehari ini iaitu :

a. Kenali Fitrah
b. Satu Badan Banyak Topi
c. Keibu bapaan Kreatif
d. Gaya Kebapaan dan keibuan
e. Pengurusan Stres

KENALI FITRAH

  • Bertujuan untuk mengenal dan memahami personaliti diri sendiri
  • Memahami kekuatan dan kelemahan sendiri
  • mengadaptasi diri dengan persekitaran sesuai dengan personaliti masing-masing

SATU BADAN BANYAK TOPI

  • Untuk menganalisis pelbagai peranan individu di tempat kerja dan persekitaran diri
  • Untuk mengimbangi kerjaya dan keluarga
  • Untuk mempelajari pengurusan masa dan mengutamakan peranan

KEIBUBAPAAN KREATIF

  • Untuk meneroka kegunaan daya kreatif dalam keibubapaan
  • Untuk menjadikan keibubapaan menarik dan menyeronokkan bagi kedua-dua ibu bapa dan anak
  • Untuk lebih mengetahui tentang diri sendiri dan anak-anak
  • Untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak
  • Mengajar kemahiran bermain secara kreatif di rumah
  • Mencuba kaedah-kaedah kreatif berkomunikasi dengan anak
  • Teknik berkesan mendisiplin anak secara kreatif

GAYA KEBAPAAN DAN KEIBUAN

  • Untuk memahami persamaan dan perbezaan kebapaan dan keibuan
  • Untuk mengenalpasti "Gaya Keibubapaan" anda dan pengaruhnya terhadap anak-anak anda
  • Untuk menghargai dan bergembira dengan perkongsian keibubapaan sepenuhnya

PENGURUSAN STRES

  • Untuk memahami tekanan
  • Untuk mengenalpasti tekanan sebagai ibu / bapa dan pekerja
  • Untuk mempelajari kemahiran mengurus tekanan sebagai ibu / bapa dan pekerja
Sesungguhnya kursus sehari ini yang diadakan secara PERCUMA amat bagus kerana ia menggunakan kaedah komunikasi dua hala antara peserta dan jurulatih. Banyak aktiviti dilakukan bersama memberi pemahaman yang lebih baik kepada para peserta untuk mengamalkan teknik-teknik dan kaedah keibubapaan.

2 comments:

Anonymous said...

mcm mana nk join?

admin said...

salam...bagus blog ini, selain itu sy ada jg byk baca info2 menarik pasal kekeluargaan dan keibubapaan dr web http://kemahirankekeluargaan.blogspot.com/ mgkin ada yg boleh kita sama2 kongsi