Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin


Salam semua,

Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua saudara mara dan sahabat taulan kami.

Ucapan khas saya juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini. Jika ada silap dan salah, ia bukanlah disengajakan dan saya menyusun sepuluh jari memohon ampun.

Saya tahu ramai yang akan berhari raya di kampung masing-masing, jadi bawalah kenderaan masing-masing dengan hati-hati. Biarlah lambat sedikit, asalkan kita selamat sampai ke destinasi dan dapat menyambut Aidilfitri dengan gembira bersama keluarga.

Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga.



4 comments:

Anonymous said...

Salam, Kak Ina.
Tahniah diatas usaha Kak Ina selama ini. Semangat dan tanggungjawab seorang pemimpin terhadap negara amatlah penting.Bukan hanya selepas dikritik baru ingat tanggungjawab. Rasa tanggungjawab pemimpin itu harus sentiasa ada dan dipupuk semurni-murninya. Bukan hanya sekadar untuk pilihanraya sahaja.Bukan semua pemimpin memiliki sikap tanggungjawab seperti yang Kak Ina lakukan. Tolong jangan jadi seperti pemimpin lain. Be your self. Apa pun selamat hari raya untuk kak Ina. Terima kasih atas kad raya yang diberi. Maaf Zahir Dan Batin sepanjang perkenalan kita. Semoga berjaya menjadi pemimpin yang berwibawa.

Anonymous said...

Datin,

Seronok tgk gambar keluarga Datin. BAHAGIA betul ye...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Anonymous said...

ni sedih nih kitaorang kena raya kat Qatar uwaaaaaaaaaaaa........

Selamat Hari Raya dan Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga...makan2 lemang dan ketupat tu ingat2lah kat kami ok??

cek^sou! said...

kak ina!!

selamat hari raya, maaf zahir batin!

xoxo
suhana