Salam semua,
Alhamdulillah, anak saya yang sulung si Awliya sudah bertambah baik dan semalam saya bawa dia pergi shopping untuk menghiburkan hatinya. Sejak dia memulakan persekolahan awal bulan ini, dia asyik cramp dan kurang sihat sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian selama beberapa hari, minggu lepas. Doktor tidak dapat mengesan sebarang perkara yang serius. Mungkin agaknya tekanan bersekolah di sekolah asrama dan tinggal berjauhan daripada keluarga, buat pertama kali. Minggu depan dia akan kembali bersekolah dan harap-harap Awliya akan bertambah baik dan dapat belajar dengan baik.
Apa-apapun, saya memang berbangga dengan Awliya ini kerana dia seorang yang berdikari dan seboleh-bolehnya cuba menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menyusahkan orang lain sehinggakan hanya selepas seminggu dia asyik keluar masuk bilik sakit di sekolahnya, barulah saya diberitahu. Tak apalah, semoga jiwanya kental dan kuat.
Di sini adalah gambar Awliya mengetuai pembacaan ikrar untuk pelajar-pelajar baru di sekolahnya. Hmmm...ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi :).

4 comments:
Salam kak ina,
Dah besar panjang dah awliya erk.. Dulu nengok "cinonet" jer...
Tahniah Awliya dan juga Dato' dan Datin....
Wah...SBP dan all girls lagi. Biar akak teka sekolah mana ye? Ada 3 ajer all girls school ni.
1) Sekolah Tun Fatimah
2) Kolej Tunku Khurshiah
3) Sekolah Seri Puteri.
Hmmm... SSP betul?
salam..kak ina..awliya sekolah mana?
I think I missed this post.
the little princess sakit apa?
nak kena bawak jumpa uncle demang ni.
dah besar panjang dah budak ni.
Post a Comment