Sunday, July 26, 2009

Malam Amal YAKEB






Salam semua,

Saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah menghadiri Malam Amal, Anda Tetap di Hati, pada 25 Julai 2009 bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya yang bertujuan mengumpul dana YAKEB bagi membantu bekas-bekas atlet yang kurang bernasib baik selepas mereka bersara dari bidang sukan.

Beberapa syarikat korporat seperti kumpulan Berjaya, Yayasan Al-Bukhary, POS Malaysia, Bank Rakyat dan lain-lain lagi telah tampil menghulurkan sumbangan sebagai tangungjawab sosial mereka. Selain itu, pada malam tersebut juga YAKEB telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Isteri YAB Perdana Menteri, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah sudi menyumbangkan beberapa buah lagu pada malam tersebut dan diserikan dengan kehadiran Dato' Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee yang turut berduet bersama beliau. Majlis tersebut juga dimeriahkan oleh ratu jazz tanah air, Shiela Majid dan Ayu One in Million.

2 comments:

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog Datin..

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat pelajar2 agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras dalam mencapai kejayaan di dalam Arena Pendidikan Negara.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat pelajar untuk terus berjuang.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam khas buat Datin.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

ismalina ismail said...

Terima Kasih kepada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP kerana telah menyokong dan menyenaraikan blog saya antara blog pilihan.