Assalamualaikum semua. Nampaknya segalanya lebih mudah dari yg disangkakan. sejak tak sihat ni, memang langsung tak access email, facebook dan langsung 'terputus' hubungan dgn kawan2.
Bila dh dpt access ni, rasa mcm byk nk diceritakan. tapi yg terdekat ni kerenah Irfan yg semakin matang sejak dh berkhatan. sebelum tidur, byk isu yg kami bincangkn. isu pertama yg kami bincangkn adalah pasal kejadian manusia. Bila dia kata "I want to create my own world", sy pun bg tahu kt dia, hanya Allah boleh cipta dunia ni. Dia pun tanya mcmana manusia diciptakan Allah. Sy pun cerita asal manusia dari tanah liat. Dia tanya, kita ni tanah liat ke? Sy pun cerita kejadian Adam. Dia tanya, kalau Adam seorg, mcmana skrg ada ramai manusia. Sy pun bercerita ttg bgimana Allah menjadikan manusia, Adam dan Hawa dan bagaimana manusia beranak pinak hingga sekarang. Nasib baik ada sedikit ilmu tentang sejarah kejadian manusia. Kalau tidak macamana la nak jawab soalan anak2 yg semakin cerdik ni. Sy cerita juga bagaimana segalanya ada diterangkan di dalam Al Quran.
Isu kedua yg kami bincangkan adalah bagaimana hujan terjadi. Sekali lagi nasib baik ilmu sains saya masih belum karat. Kalau tidak mcmana la sy nk terangkan kpd dia proses pengewapan dan bagaimana hujan terbentuk.
Baru2 ni sebelum tidur dia tanya saya bila dia nak masuk kolej. Gelak besar saya sbb esok lusa dia baru nk mula sekolah Tahun 1, dah tanya bila dia boleh masuk kolej. Tp utk tidak mempersendakn dia, saya layan bersembang, tanya apa jurusan yg dia nk ambil dan apa cita2 dia. Dia jawab ," I want to be an astronauts". Masya Allah. Saya teringat lagi kalau ditanya masa darjah 1, apa cita2 saya, waktu tu saya masih blur dan utk melepaskn diri dari soalan2 yg lain, pilihan jawapan adalah, doktor, peguam, guru.
Terakhir yg sy nk kongsi di sini adalah apabila Irfan kata tiap kali dia buka mata di waktu pagi, saya mesti di sebelah beliau. Sejuk hati mendengar, tapi yg tak sedapnya bila dia merungut dah 4 kali saya gagal utk berada di sisi dia.
Sy selalu melihat 'teguran' dr anak2 ini sebagai serius dan perlu diambilkira. Kalau kita sebagai ibu bapa memandang ringan ke atas apa yg mereka luahkan, maka hubungan kita dengan anak2 tidak akan menjadi rapat. Anak2 akan mula mencari alternatif, mencari kawan atau individu yg boleh mereka harapkan.
Saturday, January 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
memang bagus kalau semua ibubapa boleh bjadi macam ni. tapi lain orang lain cara mendidik anak. walaupun saya masih di alam remaja. tetapi apa yang saya lihat, kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar dilayan dengan cara lembut, berbanding orang dulu-dulu dengan cara agak kasar. untung kalau dapat jadi budak zaman sekarang. cuma pendapat.
Post a Comment