Friday, October 10, 2008

Memperkasakan Puteri UMNO

Salam semua,

Bermula minggu ini, setiap bahagian Puteri UMNO di seluruh negara akan mula mengadakan persidangan serta membuat pemilihan di peringkat bahagian dan pencalonan bagi peringkat kebangsaan.

Pada saya persidangan ini penting kerana di kala ini, UMNO sangat-sangat memerlukan kita di Puteri UMNO untuk memberinya kekuatan dan kegemilangan yang diperlukan untuk terus menjaga kepentingan Islan dan juga orang Melayu di negara ini.

UMNO memerlukan kita berbincang bersungguh-sungguh dan membuat keputusan bijak bagi menentukan arah tuju parti dan juga memilih barisan pucuk pimpinan yang akan menerajuinya.

Setiap keputusan dilakukan haruslah berdasarkan asas perjuangan UMNO yang melindungi kepentingan agama dan bangsa kita. Saya percaya setiap ahli di persidangan adalah cukup matang dan bijak dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab masing-masing.

Saya doakan semua persidangan akan berjalan lancar dan dirahmati Allah SWT. Marilah kita bersama-sama memperkasakan Puteri UMNO, dan seterusnya memberi kekuatan dan kegemilangan kepada UMNO.

2 comments:

mn said...

Assalamualaikum Datin,

1. Serbentar tadi saya ada menonton siaran langsung 'Memimpin Puteri UMNO' di Astro Awani.

2. Rancangan itu menarik tetapi bila Suhaimi Sulaiman(Perantara) bertindak lebih sudu dari kuah, menjadikan rancangan tersebut nampak kelam kabut.

3. Perantara tidak perlu cakap banyak. Datin selaku tetamu yang perlu lebih bercakap. Kesian kat perantara seorang lagi Sdr Maliana langsung tak diberi peluang oleh Suhaimi.

4. Apapun saya doakan Datin akan berjaya. Kirim salam kepada Datuk Reezal.

http://suarasukj.blogspot.com

~MataHatiJohor~ said...

Assalamualaikum Ismalina,

Saya rasa 'tagline' 'Generasi Pimpinan Puteri' agak kabur dan sukar untuk difahami oleh puteri yang kebanyakannya baru mula berjinak-jinak dengan dunia politik.

Saya rasa adalah lebih sesuai jika Ismalina cuba melihat semula akan matlamat penubuhan Puteri UMNO - kedudukan Puteri UMNO sekarang - dan menyediakan peranannya yang lebih besar kepada parti pada masa yang akan datang.

Apa pun, semoga berjaya.

Shukri
sayangbangsa.blogspot.com