Tuesday, January 6, 2009

Berkempen di Kuala Terengganu


Salam semua,

Harap tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua. Saya agak kesibukan dan ketika ini saya di Kuala Terengganu bersama-sama dengan jentera pilihanraya BN untuk berkempen di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Sejak diumumkan bulan lalu, saya dan beberapa teman Puteri WP sudah beberapa kali ke KT untuk membantu calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid, berkempen bagi memastikan kerusi ini kekal di tangan BN.

Setakat ini jentera kempen bergerak dengan lancar dan kita tidak menghadapi sebarang masalah yang rumit untuk melaksanakannya. Ok lah, tak dapat nak celoteh panjang kerana pagi ni adalah penamaan calon dan saya akan beramai-ramai di sana bersama-sama jentera BN. Jumpa lagi :)


2 comments:

bungaraya said...

Sentiasa berhubung dengan JASA jika berkempen di Wakaf Mempelam.
JASA memiliki perisik yang berpengalaman dan ini sangat membantu Puteri untuk mengetahui lebih awal suasana disana sebelum berjumpa dengan pengundi-pengundi muda.
Salam berjuang.

Anonymous said...

asalammualaikum...hai kak ina..nurul minta maaf byk2 x dapat follow pu3 wilayah prgi KT...terharu sangat..aper nak buat..my son..alea(yaya)yg slalu ikut kemana program kita masuk skolah..skunk dia dah tadika..terasa tanggungjawab makin besar..tp aper pun seronok tgk mereka pakai bj sekolah...lega rasanya..ermmm k lah..aper2 program k.ina info k..wsalam...