Wednesday, January 7, 2009

Program Doktor Turun Padang di KT...



Salam semua,

Kerancakan berkempen di Kuala Terengganu semakin hangat. Hari ini, saya dan ahli-ahli Puteri dan juga jentera BN yang lain mengadakan program Doktor Turun Padang di Kg Pantai. Program ini cukup bagus dengan mengadakan perkhidmatan perubatan percuma kepada penduduk-penduduk kampung, terutamanya warga emas.

Dalam perjalanan pulang, kami terjumpa makcik ni sedang duduk di tepi rumah orang di Kg Pantai. Sakit lutut katanya, dan tidak berdaya berjalan ke pusat perhentian bas untuk pulang ke rumahnya di Ladang. Simpati kepada makcik ini, kami menghantarnya terus ke rumah dengan kereta.

Okay, banyak lagi program yang perlu dilakukan. Jumpa lagi.


5 comments:

Anonymous said...

kasian makcik tu kan... jalan macam terpaksa je...dah le kena tarik....

Anonymous said...

tau xper.. mcm 'lakonan semula' jerk.. hahahaha.. ntah iea ntah tidak ler tu... main tarik jerk.. janji nampak mcm tulun, tulun, tulun..

Anonymous said...

apa la orang suka tuduh macam ni? saya ada di tempat kejadian. makcik ni tengah tunggu tepi jalan untuk balik. Dek kesian kan makcik ni yang mengadu sakit lutut, kak ina pun offer nak hantar. makcik ni bercerita pasal hidup dan gambar yang you all nampak ni bila makcik ni bersungguh mengajak kami ke rumah dia utk tengok sendiri kedhaifan dia.

Little Sandhurst said...

itu la masalah dgn manusia sekarang, bile manusia lain nak berbuat baik tidak digalakkan atau kurang teladankan, nampak yang tidak baik satu dunia ditonjolkan... pelik.. pelik.. namun begitu, saya sokong Datin Ismalina yang masih ingin membantu dan mengerahkan tenaga untuk manusia.. kalau tak dapat tolong semua, apa yang boleh pun sudah kira elok..

Anonymous said...

YELAH. x kira arr betul k, atau x, yg peliknya, camera depan mata, blh buat2 x nampak plak, x pandang camera, chittt.. ada hrpn dpt trofi pelakon harapan nih..hahaha. Len kalin, jgn ambik gmbr dari depan sgt, kot iye pun excited sgt nk menceritakan kebaikan diri, nak promote keja ke, kena ler buat2 sggh2.....ada paham..