Wednesday, May 20, 2009
Jalan-jalan di Melaka
Salam semua,
Ramai tertanya-tanya bagaimanakah rutin saya sekarang ni sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Memang benar, aktiviti politik saya semakin kurang berikutan tidak lagi memegang sebarang jawatan di dalam Puteri UMNO. Namun, saya tetap mengikuti dengan rapat setiap perkembangan politik tanahair, terutamanya di dalam Puteri sama ada melalui akhbar-akhbar ataupun teman-teman yang lain. Maklumlah, politik ini sudah sebati dengan darah daging saya, memang sukar untuk dipisahkan lagi.
Namun, pengurangan aktiviti politik ini juga memberi saya lebih masa untuk dihabiskan bersama-sama anak-anak yang selama ini begitu memahami penglibatan aktif saya dalam politik selama ini. Untuk tempoh beberapa bulan yang lalu, saya tidak dapat memberi perhatian sebanyak mana yang saya inginkan kepada mereka kerana jadual aktiviti begitu ketat. Namun tidak sedikit pun sebarang rungutan daripada mereka yang cukup memahami.
Jadi, baru-baru ini saya membawa mereka berjalan-jalan ke Melaka dan ia cukup menyeronokkan untuk kami sekeluarga. Lebih menyeronokkan adalah Irfan yang mendapat pengalaman baru menaiki beca di Melaka. Yelah, di Kuala Lumpur mana lah ada beca. Jadi bila dia dapat peluang untuk menaiki beca yang berwarna-warni, Irfan cukup seronok dan ini menggembirakan lagi saya.
Selain itu, kami juga menaiki "river cruise" menyusuri Sungai Melaka yang mengingatkan saya kepada perkhidmatan gondola di Venice, Itali. Menyusuri Sungai Melaka itu memberi saya beberapa idea bagaimana untuk menarik lebih ramai pelancong menggunakan perkhidmatan "river cruise" ini. Nantilah saya bisik-bisikkan kepada orang-orang Melaka, ye.
Jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
SALAM...APA KHABAR KAK INA?...SERONOK NYA JALAN-JALAN KAT MELAKA BANDAR BERSEJARAH. BILA NAK DATANG LABUAN LAGI...RINDU NGAN KAK INA....
puteri labuan
Salam....
Hi kak ina apa kabar?
Jemputlah sekeluarga jalan2 kat sabah terutamanya Pensiangan....
Walau pun ada Hutan aja
salam Datin....
walaupun Datin sibuk...masih sempat lagi untuk meluangkan masa dgn anak2 kan...
Datin memang seorang ibu yang baik...
Post a Comment