Salam semua. Saya telah dijemput ke Majlis Sambutan Ulangtahun Kedua Galeri Seri Endon, di Galeri Seri Endon Bukit Damansara. Majlis ini telah dirasmikan oleh YABhg Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff isteri kepada T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan turut hadir Puan Nori Abdullah selaku Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG).
Perasmian sambutan ulangtahun dimulakan dengan acara pemotongan kek dan diikuti dengan peragaan batik hasil daripada pereka-pereka tempatan dan sebanyak 36 koleksi batik diperagakan. Galeri ini menempatkan himpunan hasil kerja pemenang Piala Seri Endon dan mengenengahkan hasilhasil batik terutamanya hasil kerja batik Kelantan dan Terengganu.
Satu majlis yang saya anggap santai tetapi meriah serta saya terhibur dengan peragaan batik-batik tempatan.

2 comments:
Salam Yang Berbhagia Datin,
Off topik sikit:
Merujuk kepada gambar yang diambil pada majlis "Hari Keluarga Puteri Kawan Ku".... saya rasa kesal sedikit mentaliti kaum umno terutama sekali puteri berkaitan aurat. politik zaman sekarang amat tegang dengan pelbagai kontroversi dan pandangan serta pendapat.
Seharusnyalah kaum puteri tidak lagi mendedahkan aurat kalau ingin melihat umno terus relevan di masa akan datang.
saya mohon datin maklumkan kepada ketua puteri dan pucuk pimpinan parti agar kalau umno nak berubah mestilah ssatu faktornya ialah ahli puteri mesti dan wajib menutup aurat sebagaimana Datin sendiri yang terlalu anggun bila memakai tudung.
sekian : add
wah!!itu batik dari indonesia..dasar pembajak!!!!!kalo batik dr malaysia tunjukin asal-usulnya darimana????
Pasti dari indonesia kan!!!ngaku aja deh loe,,dasar Pembajak
Post a Comment