Salam semua,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mencalonkan saya untuk bertanding bagi jawatan Ketua Puteri UMNO tahun depan. Dengan pencalonan yang diberikan kepada saya, ia memberi keyakinan bahawa keputusan saya untuk menawarkan diri untuk memimpin Puteri UMNO, adalah tepat.
Saya sangat menghormati pencalonan yang diberikan dan saya berjanji tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan. Sehubungan itu, tidak timbul persoalan yang saya akan menarik diri daripada pertandingan ini.
Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, saya akan terus-terusan untuk berkempen dan turun ke padang untuk berjumpa ahli-ahli Puteri bagi menerangkan perancangan dan rangka kerja yang telah saya sediakan untuk Puteri jika diberi peluang untuk memimpinnya.
Saya percaya Puteri mempunyai potensi yang sangat besar, apatah lagi untuk melaksanakan misi utama kita iaitu untuk menawan kembali negeri-negeri yang ketika ini diperintah oleh parti-parti pembangkang, dalam PRU13 yang akan datang. Saya punya perancangan untuk menambah lagi bilangan ahli Puteri dan juga cara-cara untuk menambat hati pengundi-pengundi kita, terutamanya di kalangan golongan muda.
Saya juga mempunyai pelbagai perancangan untuk menjadikan Puteri terus relevan dan dinamik termasuk menangani isu-isu pendidikan, sosial dan ekonomi melalui program-program dengan sasaran yang realistik.
Saya akan huraikan lebih terperinci dari semasa ke sama di blog ini dan tentunya ketika kita bertemu nanti di pertemuan-pertemuan yang akan datang. Dalam pada yang sama, saya sangat-sangat alu-alukan jika sesiapa sahaja di kalangan Puteri yang ingin bertanya apa sahaja ataupun hubungi saya dengan e-mel di pu3ina@yahoo.com ataupun telefon bimbit saya di 012-3373311.
Tuesday, November 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam....
Kak Ina, teruskanlah perjuangan sehingga saat2 terakhir jgn mudah mengalah dengan apa saja cerita yang dilontarkan mengenai Kak Ina sekarang ini...
Dah lama kami nak dengar dari mulut kak Ina sendiri tentang pendirian untuk terus bertanding..
Good Luck kak Ina....
datin, tolong jangan tarik diri. counting on you to lead Puteri.
elis
Salam semua..
Kami mendoakan yang terbaik utk Kak Ina..utk itu di harap Kak Ina memberi perhatian atas segala kritikan dan komen agar terus berjaya dgn niat yang murni itu.
Salam..
kami amat mengagumi kepimpinan kak Ina.Seorang yg sederhana,baik hati dan peramah.kami telah jatuh hati dengan sikap low profile yg ada pada diri kak Ina.Semoga ianya berkekalan smpi bila2.kami mendoakan yg terbaik utk kak Ina.Succes selalu...Love u kak ina.
From: Puteri Sabah
Post a Comment