Salam semua,
Saya ingin berkongsi kegembiraan saya yang puteri sulung saya, Awliya berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ucap tahniah saya kepadanya. Saya sangat bersyukur di atas kejayaan Awliya ini kerana saya agak bimbang juga berikutan tidak selalu dapat bersamanya membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu.
Namun sikap berdikari dan tanggungjawab yang mengalir di dalam dirinya terbukti dengan kejayaan ini. Buat Awliya, ini adalah kejayaan kecil dan masih lagi banyak cabaran yang perlu diharungi di dalam dunia akademik ini. Bagaimanapun, sementara menunggu hari itu, just enjoy the sweet success now :).
Friday, November 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Uncle pun nak tumpang ucapkan tahniah kepada Awliya dan juga kedua ibua-bapanya
tahniah. anak adalah permata hidup kita. sekiranya kelapangan jemputlah menziarahi blog saya http://nobisha.blogspot.com
Tahniah Auliaaa. Uncle pun nak tumpang seronok dengar Auliaa dapat 5A....
dari
Uncle Saiful
Aunti Faisha
Imran
Iman
Teha
Post a Comment