Salam semua,
Hari ini saya dihubungi oleh wartawan berhubung isu kompromi dalam pertandingan untuk jawatan Ketua Puteri UMNO. Saya ditanya sama ada saya sedia untuk berkompromi dengan calon-calon lain yang bertanding untuk jawatan itu, untuk mengelakkan perpecahan di dalam Puteri.
Saya sesungguhnya tidak faham kenapa isu kompromi ini dibangkitkan pada ketika ahli-ahli Puteri sedang melihat semangat demokrasi dan kesedaran mengenai kualiti kepimpinan begitu tinggi di kalangan mereka. Ini adalah senario yang segar dan ini adalah kehendak ahli-ahli di peringkat akar umbi. Mereka mahukan perubahan.
Kenapa harus ditutup mulut suara ahli-ahli ini yang telah membuat pencalonan masing-masing untuk menyuarakan hak dan kehendak mereka? Atas alasan mengekalkan perpaduan? Tapi mungkin kita juga tidak sedar bahawa dengan berkompromi, kita sebenarnya hanya menyapu isu di bawah permaidani, tanpa menyelesaikannya.
Kompromi juga menyekat suara ramai dan apabila ia terus-terusan disekat dengan keputusan hanya dibuat oleh peringkat tertinggi, ia akan hanya menimbulkan kekecewaan dan kemarahan di kalangan ahli-ahli yang akhirnya membuat keputusan untuk memprotes. Protes ini telahpun dikenalpasti salah satu punca kekalahan teruk BN di PRU 12 di mana suara di akar umbi tidak diambil kira, dan keputusan hanya dibuat di peringkat tertinggi.
Inilah juga antara punca perpecahan di dalam parti apabila suara akar umbi tidak didengari dan mereka dianggap "tidak tahu apa-apa" dan fahaman "hanya pemimpin sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk ahli-ahli" dipegang dengan begitu taksub sekali. Ahli-ahli UMNO sekarang bukannya seperti 20 tahun dulu. Kini ramai yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, celik IT, kesedaran politik yang tinggi yang membolehkan mereka membuat pertimbangan yang lebih bersifat analitikal, memikirkan apa yang terbaik untuk mereka. Mereka bukan lagi "yes man".
Saya tentunya tidak mahu perkara ini berulang lagi kerana saya mempunyai visi untuk memimpin Puteri membantu UMNO dan BN menawan kembali negeri-negeri yang kini di tangan parti pembangkang. Ahli-ahli mahukan perubahan, dan saya berazam untuk melakukannya.
Saya telahpun dicalonkan oleh ahli-ahli yang menaruh harapan tinggi untuk saya bertanding dan memimpin Puteri UMNO ke arah yang lebih cemerlang. Kenapa harus saya membelakangkan kehendak mereka ini? Saya mesti hormati keputusan mereka.
Maka, in pendirian saya - melainkan ahli-ahli yang telah mencalonkan saya itu membuat keputusan yang berbeza, saya tetap akan bertanding Mac nanti.
Apa yang penting untuk memelihara perpaduan Puteri UMNO bukanlah kompromi, tetapi adab bertanding itu mestilah dijaga dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Jangan ada politik wang, jangan ada fitnah menfitnah, jangan ada serangan peribadi, jangan hina menghina, jangan ada tikam belakang, jangan telalu taksub dan banyak lagi yang kita boleh fikir sendiri. Kita bukannya budak-budak kecil lagi.
Promosi sahaja visi dan misi, rekod kerja, kebolehan dan kemahiran masing-masing supaya ahli-ahli dapat membuat pilihan yang tepat dan terbaik untuk memimpin mereka. Ini yang perlu dilakukan. Promote positive things!
Jika adab bertanding ini dijaga, saya yakin perpaduan Puteri UMNO akan terus utuh. Pemikiran ahli-ahli akan bertambah matang, dan demokorasi yang kita junjung dalam perlembagaan akan terus segar.
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
HALLOO... BAGUS JUGA BLOG U NIII.....http://pensolo.blogspot.com
Berkompromi untuk mengecilkan bilangan calon adalah lebih bagus.
Bila bilangan calon lebih ramai bermakna tiada seseorang yang betul2 layak atau ramai yang sebenarnya layak.
Para perwakilan sudah pandai menilai siapa yang layak mengetuai pergerakan ini.
Pada ketika ini senyuman ,salam,panggilan telefon oleh calon sendiri dan sebagainya menjadi isu yang diambilkira..Perwakilan bagaikan pelanggan, siapa yang pandai mempromosi diri akan menjadi pilihan.
Kalau setiap kali pertandingan ditangani dgn cara kompromi kita sebenarnya menyekat budaya kompetitif dlm puteri dan dlm melayu sendiri
macam mana kita nak maju, nak menghadapi globalisasi yg sgt mencabar itu??
ada di sesetengah tempat pula, kiranya kompromi tak berjaya u'll see political assasinations...
itulah budaya UMNO sekarang...
Isu berkompromi ini adalah satu isu yang diwujudkan sejak zaman Tun M lagi. Ada juga bagusnya ketika itu kita berkompromi.
Akan tetapi dengan dengan perubahan zaman dan lebih-lebih lagi apabila para perwakilan mengetahui konsep "every voice counts" maka konsep berkompromi tidak dapat dipakai lagi.
Proses pemilihan calon secara demokratik adalah yang terbaik. Bila seseorang calon itu menang maka semua ahli parti akan tahu ia adalah suara majoriti yang sah dan keputusannya tidak dapat dipertikaikan lagi sperti yang berlaku satu ketika dahulu di antara Dato' Seri Rafidah dan Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman. Yang kalah akan akur dengan keputusan perwakilan dan "get on with life".
Maka proses demokratik sebeginilah perlu diikuti. Saya memberi contoh, tidak pula selepas Hillary Clinton kalah di dalam pemilihan undi menjadi calon presiden bagi parti demokrat suasana menjadi kacau bilau. Malah beliau membantu Barack Obama berkempem habis-habisan untuk memenangi pilihanraya presiden AS.
Maka konsep demokratik di sini bukan saja dihormati malah diguna pakai secara efektif. Malangnya masih ramai di antara kita yang masih "10 years back" menggunakan konsep kompromi yang jelas sekali ditolak oleh akar umbi.
kompromi ni bagus kalau untuk mengurangkan bil yang bertanding tapi jgn sampai mengorbankan calon yang layak dan berkebolehan. by the way, i heran la kenapa yang tak pernah terlibat secara aktif dalam puteri kebangsaan pun ada niat untuk bertanding???
i sokong sgt dengan kenyatan anonymous di atas tu...tak sepatutnya orang yang terlibat dalam puteri tiba2 je nak bertanding....
ala...asyik2 hal rebut kuasa...bosan..apa kata anda semua join muslimat PAS..konfem selamat. ada gak saham akhirat hehe
join muslimat PAS? bole... Dapat saham akhirat? hehe..tapi kalau mengumpat, mengata, menghina umno dan sesama islam..dan berkerjasama dengan kafir harbi (DAP)sbb dia menentang negara islam, jangan kata saham akhirat, saham dunia pun tak dapat... yang dah tentu saham neraka...
kita nak win-win bukan win-lose or lose-win. kompromi ni banyak dilihat dan difahami dengan win-lose or lose-win. sebab tu la kompromi tak popular. tapi payah persetujuan nak dicapai jika kedua-dua belah pihak taknak memahami dan menerima sesuatu isu. kau tak paham apa yang aku paham dan aku tak paham apa yang kau paham. masing-masing kena la paham kehendak dan kemahuan itu, maka win-win ni la penyelesaiannya.
pikir-pikirkan la.
Post a Comment