
Salam semua,
Cuti hari ini saya ambil kesempatan meluangkan masa bersama-sama keluarga mencuba "fish spa" di Giant Shah Alam seksyen 13. Anak-anak sudah lama mengajak mencuba "fish spa" ini dan hari ini saya berjaya memberanikan diri mencubanya. Sangat geli pada mulanya, tapi selepas beberapa minit, menjadi lebih rileks.
Macam-macam cara orang kreatif berniaga dan saya tertarik dengan "fish spa" ini kerana ia menggunakan sumber semula jadi, mewujudkan simbiosis yang harmoni di antara manusia dan haiwan, yang memenuhi keperluan masing-masing. Pada saya ini "fish spa" adalah salah satu tanda kebesaran Allah yang menunjukkan pengetahuan kita hanyalah umpama setitis air di lautan yang luas.