Monday, August 25, 2008

Kempen habis-habisan



Salam semua,

Hari ini adalah pusingan akhir untuk berkempen habis-habisan di Permatang Pauh. Esok adalah hari penentuan bagi Parlimen Permatang Pauh untuk memilih wakil suara rakyat sini, di Parlimen.

Saya yakin calon BN Datuk Arif yang dianggap "underdog" mempunyai peluang yang baik untuk menang kerana kita yakin banyak perkembangan politik terkini memihak kepada BN. Saya percaya beliau adalah calon yang lebih baik dan selayaknya mendapat kepercayaan pengundi-pengundi Permatang Pauh sebagai wakil mereka di Parlimen.

Sepanjang musim kempen ini, ia memberi pendedahan kempen pilihanraya yang cukup berharga kerana pilihanraya ini telah dilabel sebagai "mother of all elections" berikutan signifikan calon-calon yang bertanding. Oleh kerana ia begitu penting, maka kempen kedua-dua belah pihak juga sangat sengit dan cukup mencabar.

Walaupun keletihan memang terasa dengan rentak kempen yang semakin lama semakin laju dan rancak, saya dan sahabat-sahabat Puteri dari WP, Batu Kawan, Permatang Pauh dan juga dari negeri-negeri lain yang berkampung di sini, bersemangat untuk menyaksikan satu lagi proses demokrasi berlaku esok.


Saya gembira dan bangga dengan kegigihan Puteri-Puteri di sini bekerja tanpa menghiraukan penat lelah atau pelbagai tekanan yang dihadapi, terutamanya daripada sesetengah penyokong-penyokong taksub parti lawan yang biadap dan tidak menghormati orang. Terima kasih saya ucapkan kepada Puteri-Puteri semua.

Esok adalah hari terakhir kita bekerja, ayuh kita pastikan calon BN menang!

No comments: