Sunday, August 31, 2008
Simbiosis
Salam semua,
Cuti hari ini saya ambil kesempatan meluangkan masa bersama-sama keluarga mencuba "fish spa" di Giant Shah Alam seksyen 13. Anak-anak sudah lama mengajak mencuba "fish spa" ini dan hari ini saya berjaya memberanikan diri mencubanya. Sangat geli pada mulanya, tapi selepas beberapa minit, menjadi lebih rileks.
Macam-macam cara orang kreatif berniaga dan saya tertarik dengan "fish spa" ini kerana ia menggunakan sumber semula jadi, mewujudkan simbiosis yang harmoni di antara manusia dan haiwan, yang memenuhi keperluan masing-masing. Pada saya ini "fish spa" adalah salah satu tanda kebesaran Allah yang menunjukkan pengetahuan kita hanyalah umpama setitis air di lautan yang luas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
betul ke apa yang saya baca kat suratkhabar? Fish spa ni ada yang tipu? macam2 org ada zaman sekarang. Fish spa pun nak tipu. Kalau macam ni la, semua nak menipu orang, apa yang betul
awak pergi fish spa ni untuk apa? apa rasa lepas merendam kaki? kaki makin kurus atau apa? kalau ada kebaikan, nak gak try. asyik baca dalam suratkhabar aje, takut iklan je lebih
fish spa,. dr survey yg sy buat.....ada 2 jenis ikan...1) chin chin fish 2) garra rufa fish.....ikan no.1 tu jenis yg hanya makan kulit2 mati tp bkn utk kesihatan dan hanya bleh bagi takat lutut ke bawah jer tp ikan no. 2 tu untuk perubatan yg makan kulit2 mati serta mengubati kulit2 yg bermasalah dan bleh bagi 1 body kat ikan tu sbb ia x merbahaya....
biasanya kalo yg guna ikan no. 2 tu bayarannya mahal sket sbb 1 ekor dlm RM25-RM30 tp ikan no. 1 tu cuma RM1.60-RM3.50....
jd yg kes tipu2 nih bila tpt tu guna ikan no.1 tp dia cakap "ini doctor fish" dan kita anggap ia ikan yg mengubat tp sebenarnya hanya jenis no.1...
Post a Comment