Saturday, August 23, 2008

Bersama warga emas dan kurang upaya di Padang Temusu


Salam semua,

Semalam, saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad untuk membuat lawatan kebajikan ke rumah-rumah warga emas dan kurang upaya di Kampung Padang Temusu, Permatang Pauh.

Program kebajikan ini adalah anjuran Puteri Negeri Kedah yang diketuai oleh Shahanim. Turut bersama lawatan itu adalah Timbalan Ketua UMNO cawangan Padang Temusu, Hj Ishak dan juga Ketua Wantia Pn Salmiah, ketua-ketua Puteri bahagian negeri kedah, ahli-ahli cawangan UMNO cawangan Padang Temusu dan juga orang-orang kampung di situ.

Di dalam program itu, kami menziarahi sebanyak 13 buah rumah yang dihuni oleh warga emas dan juga kurang upaya, serta nemberi mereka sedikit sumbangan berupa barangan keperluan seperti beras, gula, susu dan lain-lain.

Kebanyakan mereka hidup dalam keadaan uzur dan ada juga yang tinggal bersendirian berikutan anak-anak sudah dewasa serta berkeluarga, dan tinggal berjauhan. Dengan lawatan ia sekurang-kurangnya dapat menghiburkan warga-warga emas ini.

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Puteri Negeri Kedah, terutamanya Ketua Puteri Negeri Shahanim yang telah menganjurkan program murni itu dengan jayanya. Diharapkan selepas ini akan ada lebih banyak lagi program-program kebajikan seperti ini.



4 comments:

Anonymous said...

Hello my dear friend, reading your blog on your activity today makes me realise something..while we were reunited and had fun with old friends today, you were not around because you are doing something more noble, something bigger than life.

It must be a heavy responsibility for you, something you just cant lift off your shoulder when you feel like it, something that will face a lot of resistance and cynic remarks but you do it anyway because it is just who you are... Someone who has a big heart, always out to help others, optimistic, confident and focused.

I might not have the strength to do the things you do but I support your cause. I'm proud of you and what you have become and believe in my heart that you can go much further, insyaallah.

Anonymous said...

salam buat datin,

saya terharu dgn pengorbanan datin dan rakan2 datin semua di permatang pauh. diharapkan datin teruskan berkhidmat demi kebaikan rakyat malaysia.

cuma satu harapan saya agar datin sedar bahawa parti yg datin gunakan itu bukan parti yg sepatutnya datin gunakan utk berkorban.

harap datin dan suami sedar sebelum terlambat. lompatlah cepat.

Anonymous said...

Pu3luhur!

awat la yang hang nak suruh orang lompat ni? Hang ni katak ka? Suka lompat-lompat? Hang ni dari parti lompat-lompat ka?

Anonymous said...

satu yang saya nak ingatkan pu3 luhur, belajar sejarah! tengok apa yang berlaku di sekeliling, menyiasat mana yg betul dan ikut apa yang akal kita kata. Bukan pakai hentam kromo aje