Salam semua,
Saya baru sahaja pulang dari Permatang Pauh untuk membantu jentera kempen bagi pilihanraya kecil di sana, dan juga untuk memberi sokongan kepada calan BN, Datuk Arif Shah ketika penamaan calon.
Saya telah mengikuti banyak kempen pilihanraya tapi kempen pilihanraya kecil ini pada pendapat saya adalah yang paling kasar dan menggerunkan akibat tindakan melampau sesetengah penyokong parti pembangkang, terutamanya dari PKR.
Ketika proses penamaan calon, penyokong-penyokong dan pekerja-pekerja BN dimaki hamun dan dicemuh dengan pelbagai nama yang menghinakan.
Ahli-ahli Puteri turut tidak terlepas dengan pelbagai tindakan kasar sesetengah penyokong parti lawan yang tampak begitu emosional dan melepaskan kemarahan pada sesiapa sahaja daripada BN.
Seperti Datuk Noraini berkata, ada ahli-ahli Puteri yang diperlakukan secara fizikal yang jelas menunjukkan sikap kurang ajar, biadap dan tidak hormat kepada kaum wanita. Apa agaknya mereka rasa kalau perkara yang sama diperlakukan kepada ibu, isteri, anak atau adik perempuan mereka? Kemarahan dalam hati memang meluap-luap dan hendak saja mengambil tindakan balas yang tegas, tapi masih boleh bersabar kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka.
Dalam perjalanan pulang selepas penamaan calon, jalan sesak teruk dan kenderaan yang saya pandu termasuk melalui kawasan PKR. Kereta saya dan beberapa kereta Puteri yang lain diserbu, digoyang-goyang, ditendang-tendang dan cermin pula diketuk-ketuk.
Ketika itu saya, Iza, Wada dan Syikin di dalam kereta begitu takut, bimbang keadaan akan menjadi bertambah liar. Sementara Ayunie, Nureeza, Zureedah, Anis, Afruz, Zurina, Azlina, Ana, Suhana dan Zureena dalam dua kereta lain di belakang juga mengalami perkara yang sama. Suasana memang cemas tapi alhamdulillah kami berjaya meneruskan perjalanan.
Di bilik operasi, ahli-ahli Puteri giat membantu jentera dengan membuat semakan senarai daftar pengundi, memberi maklumat terkini di lapangan, program bersama rakyat setempat, gotong royong, lawatan kebajikan dari rumah ke rumah dan sebagainya.
Kita juga berjaya mengesan beberapa “pengintip” yang cuba masuk dalam operasi Puteri untuk mendapat maklumat atau memberi maklumat palsu. Ada juga yang dikesan mengaku Puteri dan berkempen memburuk-burukkan calon BN.
Itulah, parti lawan ini kalau dalam blog atau media rasmi mereka bukan main lagi mengutuk-ngutuk dan menuduh BN “bermain kotor” ketika berkempen tetapi saya percaya tuduhan-tuduhan itu dilempar untuk mengaburi “permainan kotor” mereka sendiri.
Saya percaya taktik kasar dan menakut-nakutkan penyokong-penyokong dan pekerja-pekerja BN akan berterusan dan semakin serius sehinggalah ke hari pengundian pada 26 Ogos.
Saya berharap ancaman-ancaman ini tidak akan melemahkan semangat ahli-ahli Puteri dan juga penyokong-penyokong BN daripada terus bekerja dan memberi yang terbaik untuk memastikan BN menguasai Parlimen Permatang Pauh. Kita tidak harus tunduk kepada sebarang tekanan yang tidak berasas dan tidak bertamadun ini.
Jika ketika berkempen di pilihanraya kecil sudah begini kelakuan mereka, saya tak dapat bayangkan jika mereka ini diberi kuasa.
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Sabar, kuatkan keimanan anda.
SYUKUR ALHAMDULLIAH KAMI SAMPAI JUA AKHIRNYA DI KL. SATU PENGALAMAN YANG BERMAKNA... Lepas ni nak juga ke pembuangan undi 26/8/2008.
Betul-ke?
Ada gambar?
Biasa la, Mereka dari dulu memang bermotifkan kekerasan.
Wujudnya PKR berlandaskan kekerasan dan bermoralkan seburuk-buruk Kejadian...
Lahirlah jenerasi seperti ini...
Tahniah Puteri kerana terus cekal dan bersemangat ....
Biasala...dulu pun kat IJOK, UMNO berkasar. Apa lah salah membalas budi UMNO...memberi tu kan lebih baik dari menerima.
Korang tak di terima di Permatang Pauh. Sorry la.
Datin Ismalina,
sabarlah..kita yang bonafide buat kerja...
Takpe tinggal lagi 3 hari sahaja kita nak bantu BN di permatang Pauh..Let's do it all out..
semalam Puteri saya pun alami nasib yang sama...
Apa lagi? kita watchalaH dia balik...UHUhuhu, takpe..bersabar jangan dikawal emosi..
jed yoong,
u cuba ajar sikit..i nak juga menuntut ilmu dari u, bagaimana agaknya cara2 jika seorang sahaja wanita/ perempuan yang dikepung, di kasari oleh lebih 2/3 orang lelaki..dan dia nak ambik gambar insiden tu.. boleh ajar tak? mungkin ilmu saudara yang hebat tu boleh membantu puteri saya yang sering alami nasib buruk ni dalam usaha membuat report kpda mana-mana pihak berkuasa. Really appct ur kind assistance bro....
tq emy
ketua puteri melaka
www.emysamsudin.blogspot.com
biasalah..... di jijok dulu orang PKR diketuk sampai berdarah kepala. Kalian hanya digoyang2 kereta. Tak cedera pun.Bersyukurlah. Apa kata kalian masuk dan sokong ajer PKR kerana Umno dah nazak sangat. Tunggu hari aje. Salam
Post a Comment