Tuesday, August 12, 2008

Sumbangan untuk Program Konvoi Menyusur Akar







Salam semua,

Baru-baru ini, Biro Briged Puteri Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) telah mengadakan Majlis Pelancaran dan menerima penyerahan sumbangan Program Konvoi Menyusur Akar daripada Jabatan Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan yang bertempat di Pejabat Jabatan Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan.

Program ini bakal diadakan sempena bulan Ramadhan pada 13 dan 14 September 2008, bertujuan untuk menghulurkan bantuan keperluan asas kepada 120 keluarga berpendapatan rendah dengan mensasarkan 10keluarga daripada setiap Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Program ini mensasarkan golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai dan beberapa kriteria lain yang menjadi pertimbangan MAPIN. Pemilihan penerima sumbangan ini berdasarkan daripada maklumat ahli-ahli Biro Briged Putri MAPIN di kawasan masing-masing.

Dalam hal ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Mohd Zaharil Kasim, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan yang menyokong program murni ini.

Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Briged Puteri MAPIN yang turut hadir ke majlis berkenaan untuk memberi sokongan. Saya harapkan daripada sumbangan ini, kita akan terus mendapat lebih banyak sumbangan supaya Program Konvoi Menyusur Akar ini akan berjaya dan mencapai objektifnya nanti.



No comments: