Sunday, August 24, 2008

Hangat di Permatang Pauh




Salam semua,

Kempen di Permatang Pauh semakin hangat dan rancak. Di mana-mana sahaja semua sibuk berkempen dari rumah ke rumah, warung ke warung, pasar ke pasar dan di mana-mana sahaja yang diketahui ada pengundinya.

Saya juga sempat berkempen dan menemui warga emas yang sebenarnya sangat menghargai perjuangan UMNO yang membawa kemerdekaan dan kemakmuran untuk negara ini. Saya juga sempat singgah di Rumah Perhubungan Sabah dan bertemu Pn Norhani, Dato' Shafie Afdal dan juga Pn Asna.

Saya lihat sepanjang musim kempen pilihanraya ini, ahli-ahli Puteri bertungkus lumus bekerja walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka.

Walaupun diherdik, dimaki, dikasari dan entah apa lagi dugaan yang diterima, ahli-ahli Puteri masih bertahan dengan penuh kesabaran. Mungkin kerana ahli-ahli Puteri ini masih muda, maka dianggap mudah diperlekeh dan dibuli.

Memang, kami masih muda lagi tapi kami bukanlah "punching bag" untuk diperlekeh dan dibuli oleh sesiapa juga. Ahli Puteri bekerja dengan dedikasi berdasarkan perjuangan UMNO dan akan terus mempertahankannya daripada sebarang tekanan dari luar.

Kepada puteri-puteri, teruskan bekerja keras bersama-sama jentera BN berkempen untuk memastikan Datuk Arif menang. Kita semua tahu ia bukan tugas mudah, tapi ia bukan juga sesuatu yang mustahil.


No comments: