Wednesday, August 20, 2008

Brownie yang paling sedap...


Salam semua,

Kadang-kadang hadiah yang paling mudah adalah hadiah yang paling bermakna atau berharga kepada kita. Ia mungkin murah ataupun mudah, namun nilainya sangat tinggi dan istimewa kerana hanya kita sahaja yang boleh menghargainya.

Bila saya tiba ke rumah dari Permatang Pauh, jam sudah menunjukkan kira-kira jam 4 pagi. Dalam keadaan yang cukup letih dan mengantuk saya terlihat biskut “brownie” di atas meja untuk saya.

Saya pun tertanya-tanya siapa yang beri saya biskut yang comel itu. Rupa-rupanya biskut “brownie” itu adalah hasil aktiviti anak bongsu saya Irfan yang baru pulang dari Fun Camp di sekolahnya.

Aduh…tersentuh sungguh hati saya lihat hasil kreativiti Irfan membuat biskut itu dan menghadiahkannya kepada saya. Ia cukup mudah tapi pada saya ia cukup bernilai sebagai tanda ingatannya kepada saya.


Terima kasih, sayang. "Brownie" ini adalah yang paling sedap Umi pernah rasa :).

3 comments:

Anonymous said...

Along...
nk sikit!!!

Anonymous said...

membaca artikel ini membuat hati saya tersentuh. kepada yang di luar sana, marilah kita sedar bagaimana kita sepatutnya menghargai apa yang kita ada. jangan asyik nak fikir keseronokan diri sendiri tanpa fikir kesan jangkamasa panjang. syangilah anak kita kerana makin lama depa main besar. Bukan maintain tang tu

cek^sou! said...

alaaa so cute and so sweet