Salam semua,
Saya percaya semua sudah mengetahui bahawa calon PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil semalam. Ini adalah keputusan pengundi-pengundi dan kita menghormatinya.
Kecewa? Tidak sama sekali. Kemenangan calon PKR dalam pilihanraya ini sebenarnya adalah suatu kemenangan untuk Kerajaan BN juga. Kerajaan BN menang dalam menangkis segala tohmahan dan dakyah bahawa SPR tidak telus, berlakunya penipuan, polis memberi tekanan dan BN melakukan pelbagai cara yang tidak sah untuk memastikan calon BN menang.
Kini terbukti segala tohmahan dan dakyah yang disebarkan tidak benar sama sekali dan calon BN, Datuk Arif menerima kekalahan dengan cara yang cukup "gentleman". Beliau tidak membantah keputusan undian, tidak menuntut kiraan semula dan tidak ada satu penyokong BN pun yang membuat protes ataupun melepaskan kemarahan mereka selepas keputusan diumumkan.
Berdasarkan suasana kempen sepanjang 10 hari lalu, saya boleh bayangkan kekacauan yang akan berlaku jika Datuk Arif yang menang. Pastinya tuduhan penipuan dan pelbagai fitnah akan dilemparkan kepada SPR dan Kerajaan BN, oleh penyokong-penyokong parti lawan yang akan menjaja cerita-cerita bohong itu ke seluruh dunia. Kini mereka tiada cerita-cerita bohong untuk dijaja dan orang luar pasti menilai semula cerita-cerita bohong mereka sebelum ini.
Datuk Arif yang pada mulanya dijangka akan menjadi calon belasahan, ternyata mempunyai kekuatannya tersendiri dengan masih boleh meraih undi yang banyak. Saya kagumi keberanian Datuk Arif kerana bukan calang-calong orang yang sanggup berada di tempatnya itu.
Apapun, keputusan pilihanraya kecil ini menunjukkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita masih segar dan terpelihara dengan baik oleh sebuah Kerajaan yang utuh. Rakyat masih bebas memilih sesiapa yang mereka mahu dan tiada siapa yang boleh menghalang pilihan mereka itu.
Inilah ketelusan serta komitmen Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO dalam menjaga kedaulatan demokroasi, dan keputusan pilihanraya kecil semalam menjadi buktinya.
Kepada Puteri-Puteri dan juga penyokong-penyokong BN, janganlah rasa kecewa kerana kekalahan ini kerana ia pasti ada hikmahnya. Pengalaman yang kita timba sepanjang bekerja di Permatang Pauh adalah sangat berharga dan boleh digunakan untuk tugas-tugas perjuangan pada masa hadapan.
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam Kak ina...
sokong dgn kenyataan akak ni...
Benar kata Bekas Perdana Menteri kita, Dr Mahathir.. "Melayu Mudah Lupa"
Lupa yg sebelum ini DSAI pernah nak menggadaikan negara kita pada IMF tatkala kegawatan ekonomi melanda Malaysia...
Saya x kecewa, cuma sedih... Undian yg dilakukan tidak dilakukan secara rasional... Ianya dilakukan secara emosional...
Apepun, all the best Kak Ina... Berjuang lah habis-habisan demi Negara, Agama & Bangsa....
Your Pu3
Rodziatun Abu
(http://www.siratansuratan.blogspot.com)
SALAM, DATIN,
MEMANG BENAR, DEMOKRASI ITU MASIH LAGI SEGAR DI BUMI MALAYSIA YANG BERTUAH INI.
YA, MEMANG BENAR... MENANG TAK MENANG SEMUA DAN KALAH TAK KALAH SEMUA.
KEKALAHAN INI TIDAK AKAN MENGUBAH LANGSUNG LANSKAP POLITIK MALAYSIA. KEMENANGAN DSAI TIDAK AKAN MENAMBAHKAN KERUSI PR (PAKATAN RAPUH) KERANA PERMATANG PAUH SEMEMANGNYA BERADA DALAM GENGGAMAN PEMBANGKANG.
KITA KALAH UNTUK MENAMBAT KEYAKINAN RAKYAT DI BUMI YANG BUKAN CALANG-CALANG TEMPAT... PARLIMEN PERMATANG PAUH (KUBU KUAT DSAI SEJAK BEBERAPA PENGGAL YANG SILAM).
KEMENANGAN DSAI SEMEMANGNYA TELAH DIJANGKAKAN. NAMUN, APA YANG MENIMBULKAN TANDATANYA ADALAH FAKTA BAHAWA ADA DI KALANGAN KEAHLIAN UMNO (YANG SERAMAI 25,000 AHLI - UMNO PERMATANG PAUH)YANG TIDAK TURUN MENGUNDI.
ALANGKAH MANISNYA, JIKALAU SESEORANG AHLI UMNO YANG BARU DAPAT MELAFAZKAN 'SUMPAH SETIA' AKAN TETAP MEMPERTAHANKAN UMNO DAN BN WALAU APAPUN TERJADI SEBELUM DIISYTIHARKAN SEBAGAI AHLU UMNO YANG SAH. MUNGKIN ADA YANG MENGGAMBARKAN INI SEBAGAI DOGENGAN SEMATA-MATA...
MEMANG BELUM TERLAMBAT BAGI UMNO UNTUK MEMPERTINGKATKAN 'SOAL MODAL INSAN' AHLI-AHLI UMNO TERUTAMANYA GOLONGAN MUDA AGAR LEBIH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI CABARAN PRU13 NANTI.
MAT SIRAT - "BANGKITLAH DENGAN LEBIH PERKASA...". AMATILAH BAIT-BAIT INDAH YANG PENUH TERSIRAT DALAM SURATAN LAGU & IRAMA "WARISAN"...
MAT SIRAT
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
assalamualaikum, datin
saya sedih bila keputusan pilihanraya kecil permatang pauh diumumkan. namun kita perlu ambil iktibar daripadanya. belajar daripada kesilapan.
demokrasi, demokrasi juga tapi jangan asyik sebab demokrasi, maruah kita pula tergadai akhirnya.
saya ikuti perkembangan blog datin dan beberapa lagi puteri yang ghairah melahirkan blog.
cuma blog datin ni, macam tiada siapa yang baca. tajuk ada yang menarik tapi macam lesu je. bloggers bosan ke atau tak terpanggil untuk komen?
ye, mungkin banyak blog lain yang lebih umpphh untuk dikomen...
salam,
saya sedih kerana umat Melayu dah semakin lupa dengan perjuangan anak bangsa. Lupa yang mereka ni ada tanggungjawab mempertahankan perjuangan yang dihidupkan oleh nenek moyang, lupa bahawa apabila manusia bernama Anwar ni menang, nasib anak bangsa akan terjejas kerana topeng yang dipakai oleh anwar.
kelakar gak bila saya lihat ramai pengikut fanatik anwar yang sanggup memakai topeng anwar, seolah-olah mereka sudah tiada identiti sendiri dan yang penting sanggup menggadaikan maruah bangsa hanya untuk membantu merealisasikan seseorang yang hipokrit seperti anwar.
Ya Allah! selamatkanlah bangsa ku ini.
salam kak ina,
saya tidak nampak pu3umno dapat memainkan peranan yg berguna selagi badan induknya sendiri tidak membersihkan dirinya dari isu2 penyalahgunaan kuasa, rasuah, ketidakadilan dan perjuangan yg tidak lagi dapat diterima masyarakat malaysia secara amnya.
selamat tinggal umno... kau hanya tinggal memori dalam lipatan sejarah malaysia dalam perjuangan rakyat berbilang kaum.
cina saudaraku, india saudara melayu pun saudaraku. kami semua bersaudara dari satu keturunan dan satu negara....satu bangsa iaitu.....BANGSA MALAYSIA.
kak ina, tugas kita amat berat selepas ini. Tiada lagi 'anggukan kepala' yg bakal memusnahkan diri. Puteri kena kuat semangat. Dan puteri juga kena bersedia atas segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Emy,
anggukan kepala tidak pernah menjadi sebab musnahnya diri. tetapi impian yg tidak ada halatujuan yg nyata menjadi punca berkuburnya perjuangan walaubagaimana hebat sekalipun.
tugas kalian tidak berat sekiranya berjuang atas dasar kebenaran dan hakiki.
bila anda berjuang diatas tapak yg rapuh, perjuangan tak tentu menang tapak yg roboh!
sayang sekali dgn kecemerlangan dan kewibawaan yg ada anda masih tidak dapat menilai perkara yg nyata secara rasional.
sedarlah..Wahai Anak2 Malaysia saudara ku.bila lagi! war warlah kpd suami kalian.
Post a Comment