Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka Ke-51


Salam Kemerdekaan,

Renungi, kenang dan syukuri kenikmatan kemerdekaan kita. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam bergantung di bahu kita, sang pejuang. Perpaduan Teras Kejayaan. Selamat Hari Merdeka Ke-51.

2 comments:

Anonymous said...

kita sambut merdeka tahun ni macam tawar aje. saya lihat tak ramai yang gantung bendera di rumah atau kereta. apa dah jadi? yang peliknya ada jugak orang yg tak rasional kibar bendera terbalik, kononnya tanda negara tak aman. Apa yang tak amannya? tak de pun bom sana sini, tentera berkawal sana sini.

Saya rasa kita kena hargai apa yang ada setakat ini sementara kita berpeluang menikmati nikmat kemerdekaan. Janganla dah sampai darurat baru nak sedar. lagi satu, kita dulu asyik cakap pasal terjajah minda. Pada saya, bila terlalu taksub kepada seseorang pemimpin spt Anwar Ibrahim, kita mula hilang kerasionalan kita. Pernah tak kita fikir apa yg sedang dia lakukan utk mencapai impian dia nak jadi PM? apa dia ingat ini Akademi Fantasia ke?

Anonymous said...

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Siapa sebenarnya yg memperjuangkan kemerdekaan? Orang Melayu saja ke? Atau orang Cina dan orang India juga?

Kenapa bercerita tentang perpaduan hanya dikalangan orang melayu dan Islam. Kenapa tidak bercerita dan mengajak seluruh bangsa di Malaysia bersatu padu sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia?

Bagaimana pula saudara2 kita di Sabah dan Sarawak? Adakah mereka masih dijajah dan tidak boleh diajak berpadu? Adakah mereka hanya layak ditindas?

Inilah dia masalah orang2 melayu UMNO di semenanjung...cakap tak serupa bikin.
Tidak pernah sedar bahawa selain orang Melayu yg ada di bumi bertuah ini terdapat juga kehadiran kaum2 lain disisi mereka yg sama memakmurkan negara tercinta.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia sebab kami hidup aman makmur bersama dikalangan kami yg berbagai2 bangsa dan agama.