Salam semua,
Esok, hari Sabtu 2 Ogos 2008 akan berlangsungnya siri pertama Jom Cari Kerja yang akan diadakan di Pusat Komuniti Gombak Setia dan bakal dirasmikan oleh YB Datuk Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, pada jam 10 pagi
Program pameran kerjaya selama sehari ini bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai terutamanya golongan belia yang masih mencari-cari lagi pekerjaan.
Pameran kerjaya ini dianjurkan oleh Briged Puteri MAPIN (Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional) yang dipengerusikan oleh saya sendiri.
Dalam hal ini saya berterima kasih kepada My Events Sdn Bhd yang menguruskannya dan ditaja oleh People Source (M) Sdn Bhd dan Lim Kok Wing University of Creative Technology (LUCT) dengan sokongan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia.
Di sepanjang pameran tersebut, beberapa syarikat besar akan mengadakan temuduga terbuka. Selain itu, akan ada seminar kerjaya, bengkel menulis resume, menghadapi temuduga dan pelbagai aktiviti serta maklumat yang dapat membantu golongan belia mencari pekerjaan.
Jadi, saya ingin menjemput semua untuk ke program ini dan jika mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai saya Cik Iza di 012-2711807.
Oh ye, saya ingin juga ucapkan kepada rakan-rakan media yang memberi publisiti kepada program ini. Selain media cetak, program ini juga telah mendapat publisiti daripada Selamat Pagi Malaysia yang menemuramah saya pagi tadi.
Kita jumpa esok.
Nota : ini gambar yang diambil guna handphone saya ketika ditemuramah oleh Hisham Salleh dan Eisya di RTM pagi tadi.

1 comment:
Tahniah Kak Ismalina di atas kegigihan kak ina merakyatkan aktiviti puteri. Saya gembira sekali jika kak ina dapat jadi ketua puteri UMNO Malaysia. Cuba kak ina layari blog - locengwangsa.blogspot.com terdapat kupasan menarik mengenai puteri wangsa maju....
Post a Comment